Emery Bidas Sikap Ozil – Dedah Tidak Pernah Mahukan Pepe

Bekas pengurus Arsenal, Unai Emery berkongsi mengenai tempoh 18 bulan yang sukar dilalui olehnya bersama, mendedahkan mengenai Mesut Ozil dan Nicolas Pepe antara isu utamanya.

Kesukaran dan pengalaman yang dianggap ngeri oleh Emery di kelab utara London itu akhirnya ditamatkan pada November lalu selepas Arsenal melalui tempoh tanpa kemenangan paling teruk sejak 1992.

Melalui satu tembubual bersama The Guardian, pengurus berbangsa Perancis itu menyatakan beberapa masalah utama ketika beliau mengendalikan pasukan itu di Liga Perdana Inggeris.

Dan kebanyakkan perkara itu berada di luar kawalan beliau sekaligus dipercayai mempengaruhi prestasi pasukan di atas padang.

Antara lain adalah isu perpindahan Aaron Ramsey ke Juventus, dan kurangnya sokongan daripada hierarki tertinggi The Gunners terhadap beliau secara peribadi.

Namun diantara semuanya itu, Emery paling lantang membidas sikap dan pembawaan Ozil di Arsenal.

“Saya bercakap banyak dengan Ozil,” kata Emery. “Beliau seharusnya lebih kerap untuk melihat diri sendiri, lakukan analisis dan komitmen beliau.

“Saya telah sehabis upaya untuk membantu Ozil. Sepanjang karier saya, ramai pemain berbakat memenuhi potensi mereka ketika bersama saya.

“Saya sentiasa positif, mahukan beliau bermain, dan penglibatan dari beliau.”

Bekas pengendali Sevilla dan Paris Saint-Germain itu turut mendedahkan Pepe bukanlah pemain pilihan beliau untuk dibawa masuk ketika jendela perpindahan.

“Saya beritahu mereka: ‘Inilah pemain yang saya tahu dan mahukan.’ Saya telah berjumpa dengan [Wilfired] Zaha dan beliau memang mahu datang,” tambah Emery.

“Tetapi kelab berkata Pepe adalah pemain untuk masa depan. Saya berkata: ‘Benar, tetapi kita perlu untuk menang sekarang dan pemain ini akan memenangi perlawanan untuk kita.’ Malah beliau telah menewaskan kita sendirian sebelum ini.

“Ianya benar beliau mahal dan Palace enggan melepaskannya. Ada beberapa siri keputusan lain [dari pengurusan] yang mendatangkan kesan kepada pasukan.”

 

Kongsi artikel ini