Selepas kecoh semalam mengenai tindakan ejen kepada Norshahrul Idlan Talaha mendiamkan diri, akhirnya Pengarah Urusan Offside Sport hari ini tampul dengan penjelasan beliau.
Melalui laporan beberapa akhbar semalam dan hari ini, Norshahrul atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo mempersoalkan ejennya yang berdiam diri ketika beliau memerlukan bantuan – walaupun sudah membuat panggilan dan menghantar mesej.
Dan melalui pendedahan pada hari ini, Abdul Halim Abdul Shukor berkata tindakan tersebut diambil oleh beliau disebabkan terdapat kes yang masih belum selesai antara dirinya, Norshahrul, ejen Thailand (Pro24), Bangkok Glass dan Persatuan Bola Sepak Thailand (Thailand FA).
Call tak angkat, mesej tak balas. Tapi di Malaysia boleh pulak buat kenyataan akhbar. Korang tolong pesan dengan ejen dia, Mat Yo cari.
Posted by Grandstand KITA on Friday, April 10, 2020
“Sebelum Norshahrul tandatangan dengan saya, tanpa pengetahuan saya dia telah terlebih dahulu tandatangan dengan seorang ejen agensi Thailand iaitu Pro24,” ujar Abdul Halim seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian pada hari ini.
“Apabila Norshahrul tandatangan dengan kelab Bangkok Glass, ejen Pro24 itu membuat aduan kepada Thailand FA dan juga Bangkok Glass.
“Kes ini masih berjalan dan kemudian dengan kemunculan virus Covid-19, mungkin kes itu akan ambil masa yang panjang.
“Disebabkan itu, sampai sekarang Bangkok Glass tidak bayar yuran ejen kerana kes masih tergantung .Setelah dapat nasihat dari sudut undang-undang, saya pilih untuk berdiam diri untuk tempoh ini,” katanya.
Abdul Halim adalah individu yang bertanggungjawab membuka laluan untuk Mat Yo beraksi di Thailand sejak awal musim ini.
Official: Malaysian striker Norshahrul Idlan bin Talaha 🇲🇾 complete his move to BG Pathum United 🇹🇭.
You can follow him and the club at @BGPUnited @BGNewsUpdate pic.twitter.com/tKvlGnc7zO
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) January 16, 2020
Sebelum ini, Mat Yo berkata beliau memerlukan khidmat nasihat daripada Abdul Halim selepas kelab di Thailand mahu mengambil langkah pemotongan gaji ekoran penularan wabak coronavirus.
Abdul Halim juga berkata dia tetap menolong Norshahrul dengan perkara harian seperti mencari rumah dan lain-lain lagi menerusi rakan kongsinya di Thailand.
“Saya telah cuba hubungi ejen Pro24 tersebut untuk berbincang tetapi dia tetap berdegil hendak ambil tindakan. Itu hak dia.
“Sebenarnya saya tidak mahu isu ini jadi besar tapi kerana Norshahrul buat kenyataan yang saya menghilangkan diri, saya terpaksa jawab juga,” tambahnya lagi.