Norshahrul Idlan Talaha, atau lebih dikenali sebagai Mat Yo di kalangan penyokong bola sepak di dalam negara telah disaman oleh ejen beliau di Thailand, Pro24 Sports Management kerana melanggar kontrak.
Menurut laporan New Strait Times pada hari ini, pemain itu tidak dibenarkan meninggalkan Thailand sehingga kes tersebut selesai.
Agensi tersebut dilaporkan sudah memaklumkan kepada Polis Perlancongan Thauland untuk memastikan Mat Yo tidak meninggalkan negara tersebut.
Call tak angkat, mesej tak balas. Tapi di Malaysia boleh pulak buat kenyataan akhbar. Korang tolong pesan dengan ejen dia, Mat Yo cari.
Posted by Grandstand KITA on Friday, April 10, 2020
Sebelum ini Norshahrul dikatakan telah menandatangani kontrak dengan dua agensi untuk mewakilinya, apabila beliau menyertai BG Pathum United.
Offside Sports Managementn adalah satu lagi agensi yang mewakili penyerang utama Harimau Malaya itu.
“Kami tidak mahu berhubung dengan beliau kerana beliau tidak amanah.
“Kami hanya mahu bekerja dengan orang yang jujur.
“Kami sudah menyaman beliau.
“Kami tidak menjangka pemian terkenal di Malausia seperti beliau dan dihormati oleh ramai sanggup melakukan perkara ini.
“Kami akan melakukan apa sahaja untuk memberikan pengajaran dan menjelaskan maksud sebenar profesional dan kejujuran.”
Apa-apa pun kita harapkan masalah ini boleh diselesaikan dengan baik.
Posted by Grandstand KITA on Saturday, April 11, 2020
Sebelum ini Mat Yo pernah mendedahkan ejen beliau, Abdul Halim Abdul Shukor dari Offside Sports Management telah menghilangkan diri.
Namun Abdul Halim menyangkal perkara tersebut dan menjelaskan Mat Yo memiliki kes perundangan di Thailand, menyebabkan beliau memilih untuk berdiam diri.
“Sebelum Norshahrul tandatangan dengan saya, tanpa pengetahuan saya dia telah terlebih dahulu tandatangan dengan seorang ejen agensi Thailand iaitu Pro24,” ujar Abdul Halim seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian sebelum ini.
Mat Yo tasalaaa!
Posted by Axello Tacts on Saturday, April 11, 2020
“Apabila Norshahrul tandatangan dengan kelab Bangkok Glass, ejen Pro24 itu membuat aduan kepada Thailand FA dan juga Bangkok Glass.
“Kes ini masih berjalan dan kemudian dengan kemunculan virus Covid-19, mungkin kes itu akan ambil masa yang panjang,” ujar Andul Halim.
Kenyataan Abdul Halim tersebut bagaimanapun dibidas oleh Mat Yo dan menyifatkannya sebagai pembohongan.
Kes Mat Yo turut dikatakan telah mendapat perhatian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Malah dalam satu kenyataan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam sebelum ini berkata badan bola sepak negara itu sedia menghulurkan bantuan sekiranya diminta.