Semua orang tahu Manchester United mempunyai masalah di posisi penjaga gol apabila Peter Schmeichel memutuskan untuk meninggalkan Old Trafford pada 1999.
Penjaga gol datang silih berganti, namun tidak seorang pun dari mereka mampu menepati kriteria yang diperlukan oleh Sir Alex, sehinggalah beliau menemukan Edwin van Der Sar pada 2005.
Itu bermakna Ferguson dan United memerlukan enam tahun untuk mencari pengganti Schemeichel.
Piala Dunia 1998
Sebenarnya pencarian untuk pengganti Schmeichel telah dilakukan oleh Ferguson dan United sejak setahun sebelum itu.
Malah Sir Alex percaya beliau telah menemui pengganti yang sesuai, iaitu penjaga gol antarabangsa Argentina, Carlos Roa.
A moment captured: Denis Bergkamp glides the ball past Argentina's Carlos Roa at the 1998 World Cup. pic.twitter.com/ZuVGwBmYm6
— C11 Football Shirts (@Classic11Shirts) February 1, 2016
Roa beraksi di Piala Dunia 1998, dan beraksi cemerlang menyelamatkan penalti untuk menyingkirkan England di kejohanan tersebut,
Ferguson berpendapat Carlos Roa adalah calon paling sesuai sebagai pengganti Schmeichel.
Roa tolak tawaran United
Namun demikian, harapan untuk Roa tiba di Old Trafford tidak pernah kesampaian. Dan bekas penjaga gol itu akhirnya membuka mulut mengenai sebab utama beliau menolak tawaran dari Manchester United
Roa yang pada ketika itu berusia 30 tahun adalah penganut Seventh-day Adventist, dan percaya dunia akan kiamat pada millennium.
#DidYouKnow?
In 1999, Manchester United were keen to sign Argentina goalkeeper Carlos Roa after his heroics @ the France 98 World Cup but he instead retired from Football and relocated to a village in Argentina because his church told him the World was about to end. pic.twitter.com/EHvEJyt023— NairaBET (@NairaBET) April 20, 2020
Pada ketika itu, Roa mendedahkan beliau meninggalkan bola sepak sepenuhnya kerana kepercayaannya itu, menyebabkan United terpaksa mencari penjaga gol lain.
Sir Alex menggunakan tujuh penjaga gol selepas itu, sehingga beliau menemukan Van Der Sar.
Dunia akan kiamat
Walaupun memiliki sedikit penyesalan mengenai keputusannya untuk tidak ke England, Roa tetap percaya beliau melakukan sesuatu yang betul dari segi kehidupan rohani.
“Pada ketika itu saya sangat mengikuti ajaran agama dan pengajian kitab. Ia adalah keputusan yang sukar namun masih mampu difikirkan. Keluarga saya juga bersetuju dengan saya,” dedah beliau kepada The Mirror.
Argentina's Carlos Roa in action again at the 1998 World Cup, this time tipping the ball over the bar against Holland pic.twitter.com/0L595UQY5X
— GoaliesAreDifferent (@goalkeepersdiff) February 7, 2017
“Ada perkara berlaku dan kita tidak akan dapat memahaminya kerana ia sangat peribadi, dan saya hanya boleh bercakap mengenainya dengan orang yang rapat sahaja.
“Banyak perkara telah diperkatakan pada ketika itu dan saya juga dinilai secara tidak betul.
“Mereka di kelab menjangkakan saya akan pergi dan mereka akan mendapat banyak wang hasil perpindahan tersebut.”
Carlos Roa adalah penjaga gol Real Mallorca pada ketika itu. Roa juga bersara dari bola sepak antarabangsa setahun selepas Piala Dunia 1998.