Dua kelab utama Korea Selatan dikhabarkan sedang memantau rapat khidmat pemain sayap Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim.
Perkhabaran tersebut didedahkan oleh ejen bola sepak dari Korea Selatan, Leo Jeong melalui media sosial pada hari ini, sebelum beliau berkongsi perkhabaran tersebut melalui satu temubual bersama Astro Arena.
Menurut Leo Jeong dua kelab Korea Selatan yang dimaksudkan adalah Incheon United dan Suwon Samsung Bluewings yang beraksi di K League 1.
“Saya sudah lihat pemain aksi sayap No.7 Selangor FC (Faisal Halim). Dia bermain dengan begitu baik sekali. Selepas itu saya menghubungi kelab di Korea Selatan (berkenaan Faisal).
Di fahamkan 2 kelab dari liga Korea Selatan (K1) berminat dapatkan khidmat Faisal Halim iaitu Suwon Samsung FC dan Incheon United.
Tiada kuota Asean dalam K1, jika Miki sahut cabaran dia akan penuhi kuota Asia ..
Spill the tea .. @ASTROARENA Nadi Arena 7.30pm pic.twitter.com/a6y0Cbje6g
— FinaNasrom (@fnasrom) May 22, 2023
“Dan sekarang dua kelab menunjukkan minat terhadapnya. Pasukan pertama ialah Suwon Samsung dari K-1 (K-League 1). Satu lagi pasukan ialah Incheon United juga K-1,” katanya.
Pada ketika ini agak sukar membayangkan Faisal akan ke Korea Selatan memandangkan liga bola sepak di negara itu tidak mempunyai kuota khas untuk pemain import ASEAN seperti mana yang diamalkan di J League.
Sekiranya benar-benar ada tawaran untuk Faisal daripada kedua-dua kelab dan persetujuan dapat dicapai, maka Faisal harus menyertai mana-mana dua kelab tersebut dengan kuota pemain import Asia.
Berdasarkan senarai daftar terkini, Suqon Bluewings kini memiliki pemain Korea Utara, An Byung Jon. Manakala Incheon United pula memiliki pemain berasal dari Australia, Harrison Andrew.
K League 1 membenarkan setiap pasukan mendaftarkan enam pemain asing termasuk satu slot dari Asia. Dan setiap pasukan hanya membenarkan untuk menurunkan lima pemain pada satu masa di setiap perlawanan.