Ketua Jurulatih Redbull Leipzig mempercayai penyerang muda itu sangat luar biasa dan akan menjadi lebih baik setelah anak-anak buahnya tidak berupaya mengekang kelicikan penyerang berbakat itu yang telah tewas 1-3 kepada pasukan barunya Borussia Dortmund.
Erling Haaland telah menjaringkan dua gol turut terlibat dengan bantuan jaringan kepada Jadon Sancho untuk gol pembukaan dalam perlawanan Bundesliga awal pagi tadi menyebabkan skuad Nagelsmann itu terlepas peluang untuk memintas Bayern Munich di tangga teratas.
Dengan jaringan berganda yang telah dilakukan oleh Haaland yang merekodkan 25 gol daripada 25 perlawanan Bundesliga serta 20 daripadanya sebagai kesebelasan utama. Dia juga merekodkan 34.3 peratus keberkesanan daripada setiap percubaan yang dilakukannya.
Erling Haaland has now scored 25 goals in 25 Bundesliga games for Borussia Dortmund.
He's out-performed his xG by almost seven goals. 🤖 pic.twitter.com/OU0DW7yD3l
— Squawka Football (@Squawka) January 9, 2021
Prestasi Haaland yang baru mencecah usia 20 tahun itu membuatkan Nagelsman akur dan mengakui perlawanan yang terbaru ini telah membuktikan mengapa kelab-kelab elit Eropah sangat menginginkan pemain ini selepas meninggalkan RB Leipzig.
Erling Haaland has now scored 12 goals in his last 10 games for Borussia Dortmund in the German Bundesliga.
Erling Halaand's two Bundesliga appearances vs. RB Leipzig:
⚽⚽
⚽⚽Machine pic.twitter.com/829nW7NVFp
— NetBet Nigeria (@NetBet_Nigeria) January 9, 2021
Nagelsman juga menganggap skuad yang ada di dalam Dortmund amat berbakat dan dengan adanya Haaland ia menjadikan pasukan itu sukar untuk ditewaskan oleh pasukan lain.
“Kita boleh mengawal Haaland tetapi tidak jika pemain di sekelilingnya memperoleh ruang yang besar dalam situasi satu lawan empat,” kata Nagelsmann.
Erling Haaland vs RB Leipzig
pic.twitter.com/Aj8XZPTP6u— Markus (@TotalOdegaard) January 9, 2021
“Sudah pasti dia seorang penyerang yang luar biasa dan sebab itulah kami juga mahu mengekalkannya tetapi Dortmund yang mendapatkannya pula.
“Menjaringkan 25 gol daripada 25 perlawanan Bundesliga membuatkan saya terfikir ia sesuatu yang luar biasa dan statistik seperti ini sukar dipercayai,” katanya.
Haaland juga menjaringkan dua gol ketika kedua-dua pasukan itu bertemu pada penghujung musim lalu.
Ini bukan jaringan pertamanya ke atas skuad kami sebab dia mempunyai kualiti yang bagus dan masih muda lagi.
Julian Nagelsmann on Erling Haaland: "He for sure has some potential to develop. He will get even better."
Scary 😱 pic.twitter.com/FQDvkajdGF
— Goal (@goal) January 10, 2021
“Jadi , saya fikir saya tidak dapat menilainya hanya sebagai pihak lawan namun sudah pasti dia mempunyai potensi yang boleh pergi jauh lagi. Pasti menjadi seorang pemain yang lebih baik.”
“Liga ini akan memperoleh kegembiraan dengan kehadirannya tetapi bukan untuk pihak lawan pula” katanya lagi.
Beberapa kelab gergasi seperti Manchester United , Manchester City , Real Madrid , PSG dan Barcelona sedang mengekori rapat perkembangan pemain kebangsaan Austria ini namun CEO Dortmund Hans Joacim percaya Haaland akan kekal di kelab ini sekuran-kurangnya semusim lagi.
Haaland mempunyai kontrak sehingga hujung tahun 2024 tetapi terdapat beberapa laporan klausa pelepasan sebanyak €75 juta (£67juta/$92 juta) termasuk semua perjanjian yang akan dibuat boleh diaktifkan pada tahun 2022.