Dua Calon Selayaknya Sarung Nombor 10 Mesut Ozil Di Arsenal

Perpindahan Mesut Ozil ke kelab Fenerbahce , Turki telah pun dimuktamadkan pada hari Ahad yang lalu dan karier pemenang Piala Dunia 2014 di Arsenal sudah pun berakhir. Ozil telah pun terbang ke Istanbul membawa isteri dan anaknya yang akan diperkenalkan secara rasmi oleh kelab terkenal itu tidak lama lagi.

Kini yang tinggal hanyalah jersi keramat bernombor 10 pemain itu yang sudah siap sedia menjadi rebutan oleh pemain The Gunners.

Nombor ikonik ini telah digunakan oleh beberapa pemain lagenda terhebat dalam sukan bola sepak , seperti Lionel Messi ,  Pele, Zinedine Zidane ,Wayne Rooney , mendiang Diego Maradona dan beberapa nama pemain yang terkenal.

Apabila kita memikirkan puluhan nombor terkenal Arsenal seperti nombor 14 yang dipakai oleh Thiery Henry, namun jersi bernombor 10 tetap menjadi keutamaan. Antara lagenda Arsenal yang menjadi perhatian penyokong bolasepak ialah nama Dennis Bergkamp.

Pemain Belanda itu , yang mendapat jolokan sebagai ‘Iceman’ tiba di Liga Perdana Inggeris pada 1995 setelah mengalami kesukaran bermain di Liga Serie A Itali tetapi tidak lama kemudian , Bergkamp menunjukkan kemampuan teknikalnya yang luar biasa sehingga membawa Arsenal menjuarai tiga trofi Liga Perdana Inggeris 1997/1998 , 2001/2002 dan 2003/2004

Setelah Bergkamp mengumumkan persaraannya pada tahun 2006, baju nombor 10 di Arsenal telah dipakai oleh William Gallas , Robin van Persie dan Jack Wilshere , sebelum Mesut Ozil diberikan penghormatan pada tahun 2018 selayaknya menyarungkan jersi ikonik semasa Unai Emery mengendalikan Arsenal.

Arsenal, Mesut Ozil

Dengan pemain muda yang telah menunjukkan perkembangan potensi yang bagus pada musim 2020/2021 ini , dua calon yang selayaknya menggunakan jersi nombor 10.

1. Emile Smith Rowe

Emile Smith Rowe has provided two assists in his four Premier League appearances so far this season

 

Muncul disaat akhir kemerosotan Arsenal , pemain berusia 20 tahun ini adalah calon terbaik untuk menggantikan Ozil sebagai pemain nombor 10 kelab seterusnya.

Emile Smith Rowe ditugaskan untuk menjadi penghubung antara garisan tengah dan serangan dan dia telahpun menunjukkan kemampuannya berdasarkan statistik dan prestasi yang menyenangkan pemain muda ini.

Pengurus Arsenal , Mikel Arteta telah pun meletakkan kepercayaan kepada pemain muda ini dan kini Arsenal sedang mendaki ke tangga ke 10 dengan lima kemenangan daripada enam perlawanan yang telah dilangsungkan.

Dikhabarkan pengurusan The Gunners sedang menawarkan kontrak baru kepada pemain kelahiran Jerman ini dengan gaji £ 45k/minggu.

2. Gabriel Martinelli

Despite sustaining an injury just last weekend, Martinelli is in contention to face Newcastle United this evening

Sejak tiba di London utara, pemain Brazil berusia 19 tahun itu telah menunjukkan kemampuan dan potensinya sebagai pemain yang akan menggegarkan gol lawan. Buktinya pemain ini telah menjadi igauan N’golo Kante selepas gagal menahan Martinelli ketika aksi Chelsea dan Arsenal setahun lalu yang berkesudahan seri 2-2.

Bagaimanapun Martinelli sedang bergelut dengan kecederaan lututnya (ACL ) dan ini membuatkan dia disisihkan dalam perlawanan yang telah dihadapi oleh Arsenal sebelum ini.

Kecederaan terbaru yang dialami olehnya ketika sedang melakukan aksi pemanas badan dalam perlawanan menentang Newcastle United 10 Januari yang lalu dalam saingan Piala FA Emirates.

Tetapi peminat Arsenal merasa yakin bahawa Martinelli juga calon sesuai untuk menyarung jersi nombor 10 ini.

Musim 2019/2020 merupakan musim yang menakjubkan bagi bekas pemain Ituano FC dan skuad remaja Corinthians itu di Arsenal dengan lebih 10 gol dalam semua pertandingan yang disertainya.

Rumusan

Lacazette dan William juga merupakan calon yang paling hampir untuk menyarungkan jersi nombor keramat ini tetapi kedua-dua pemain ini belum lagi menunjukkan impak yang kuat untuk pasukan Mikel Arteta.

Kongsi artikel ini