Drama dan spekulasi bahawa Lionel Messi akan berpindah meninggalkan Barcelona kini diyakini telah berakhir.
Ia susulan klausa yang membenarkan pemain itu angkat kaki tanpa sebarang bayaran perpindahan telah pun berlalu.
Dalam klausa kontrak yang ditandatangani oleh Messi untuk musim 2017 sehingga 2021, Messo dibenarkan meninggalkan gergasi Caralan itu tanpa sebarang bayaran pada 2020.
Lionel Messi is staying at Barcelona 🤝
He has opted not to activate a clause in his contract that would allow him to leave before his deal expires at the end of June next year. pic.twitter.com/wFMBq2NTjn
— Goal (@goal) June 1, 2020
Klausa tersebut dipercayai bermula setelah tarikh perlawanan akhir Champions League pada musim lalu, dan tamat pada 30 Mei – beberapa hari yang lalu.
Dan apabila tiada perbincangan serius dari Messi sendiri mengenai masa depannya sehingga tarikh itu, maka kini ia diyakini bintang dari Argentina itu akan memenuhi baki kontrak beliau shingga 2021 untuk terus kekal di Nou Camp.
Musim ini Messi sering kali dikaitkan dengan perpindahan meninggalkan Nou Camp – lebih kerap dari musim-musim sebelumnya.
Pertelingkahan dengan Pengarah Sukan, Eric Abidal diyakini adalah permulaan kepada spekulasi perpindahan tersebut, selain daripada Messi sendiri yang mulai mempersoalkan kualiti pemain.
Lionel Messi allows Barcelona split clause to expire. The Argentine didn't activate his get-out clause in his contract that could see him leave for free.
[AS] pic.twitter.com/oAri1Mx5Yg— ArkCom Updates (@Arkcompilations) June 2, 2020
Inter Milan adalah kelab yang paling vokal dan yakin bintang dan kapten Argentina itu boleh diyakinkan akan meninggalkan Nou Camp dan menyertai mereka pada musim panas ini.
Buat masa ini Barcelona mungkin menarik nafas lega kerana Messi memilih untuk kekal di kelab tersebut. Dan Messi juga mungkin memilih untuk kekal di kelab tersebut sehingga bersara.
Tetapi siapa tahu, andai beberapa isu penting tidak diselesaikan dengan baik, maka Messi akan angkat kaki juga akhirnya selesai musim 2021.
Demikianlah bola sepak. Bola itu bulat. Apa pun boleh berlaku.