Skuad Harimau Malaya yang telah meraih kemenangan kedua 4-0 menewaskan Laos pada hari semalam ternyata memberikan kegembiraan dan kepuasan hati kepada penyokong-penyokong tanah air.
Percaturan Tan Cheng Hoe yang melakukan rombakan kesebelasan utama dalam perlawanan kedua kempen Piala AFF Suzuki 2020 dengan berani mempertaruhkan bakat pemain muda tempatan ternyata membuahkan kejayaan yang manis.
Piala AFF Suzuki 2020: Tan Cheng Hoe Beri Bayangan Pertukaran Di Bahagian Seranganhttps://t.co/3aMieJY918
— VOCKET FC (@vocketfc) December 9, 2021
Tanpa kelibat Guilherme De Paula , Akhyar Rashid dan Junior Eldstal memberikan peluang kepada Ariff Aiman , Mukhairi Ajmal dan Luqman Hakim tersenarai dalam kesebelasan utama menentang Laos.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Piala Suzuki AFF 2020 | Khamis, 9 Disember 2021
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚 🇱🇦 LAOS
🕣 5.30 petang ini
🏟 Stadium Bishan, Singapura#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #MASvLAO #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/MWjfJ7HbA5— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 9, 2021
Pada perlawanan pembukaan menentang Kemboja empat hari yang lalu , skuad Tan Cheng Hoe menang 3-1 ke atas pasukan yang dilatih oleh pemain lagenda Jepun Keisuka Honda.
Baddrol Bakhtiar yang bergandingan dengan Junior Eldstal di bahagian tengah ketika perlawanan menentang Kemboja kelmarin tidak kekal lama.
Perlawanan yang baru sahaja menginjak masa 26 minit , Eldstal telah digantikan oleh pemain kelab Selangor FC , Mukhairi Ajmal yang pertama kali mewakili Malaysia di pertandingan Piala AFF 2020 ini.
Tan Cheng Hoe: Junior Eldstal Keluar Awal Kerana Perubahan Taktikalhttps://t.co/oNhOLBGzBJ
— VOCKET FC (@vocketfc) December 6, 2021
Bagaimanapun dengan pengalaman yang ada oleh bekas pemain Kedah ini yang berusia 33 tahun ini Baddrol Bakhtiar dapat memimpin jentera tengah dengan baik bersama Mukhairi Ajmal walaupun pertama kali digandingkan bersama.
Mukhairi Ajmal (CM, Box to box)
Mukhairi will be the energy in midfield. He will be the one connecting the dots. From defence to attack, you will see him everywhere. His vision and work rate will be important to frustrate the Cambodians today evening. pic.twitter.com/CnVV6XIAO3
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 6, 2021
Dengan kecederaan yang menimpa Junior Eldtstal , Tan Cheng Hoe tiada pilihan untuk terus menggandingkan mereka berdua sebagai double pivot. Inilah sistem yang diterapkan oleh jurulatih ini untuk memberikan stabiliti pasukan , merencanakan gerakan dan menjadi penghubung hantaran bola daripada pertahanan ke bahagian serangan.
💪 Dominating the middle of the pitch!
🇲🇾 Baddrol Bakhtiar is the #MASvLAO ⚡️ #FujiElectric Most Energetic Player #AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie pic.twitter.com/aJVS0hmbs6
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 9, 2021
Pujian dan kredit wajar diberikan kepada kedua-dua pemain ini kerana mereka beroperasi dengan tenang , fleksibel dan yakin di bahagian tengah menyerap asakan yang dilakukan oleh Laos dan cepat membuat serangan balas untuk menghasilkan gol.
Ini terbukti Badrol Bakhtiar dapat membuat assist dengan melakukan ‘killer pass’ kepada Shahrul Saad yang tiba-tiba berlari laju memecah pertahanan Laos yang seperti terleka melihat situasi berkenaan untuk jaringan gol ketiga Harimau Malaya.
Mana lagi baik – lorongan bola Baddrol atau larian Shahrul Saad utk gol ketiga Malaysia lwn Laos. #PialaAFFSuzuki2020 #AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/RPap93F9Ma
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 9, 2021
Aksi kelas dunia midfielder ditunjukkan oleh pemain yang bakal menjadi pemain Sabah FC pada musim depan luar biasa kerana beliau bijak mencari ruang untuk meghantar bola berkenaan. Biarpun Baddrol tidak lagi selincah dahulu , naluri , ketenangan dan kerja kerasnya untuk mendominasi bahagian tengah amatlah wajar diberikan pujian.
Baddrol Bakhtiar, 33 years old, better than any midfielder in Malaysia https://t.co/EvqRrHFsGc
— shahrul (@shahrulhavertz) December 9, 2021
Kini skuad kebangsaan mendahului carta kumpulan B dengan enam mata di hadapan Indonesia dan Vietnam. Pada 12 Disember 2021 (Ahad) , Malaysia akan bertemu musuh ketat iaitu pasukan Vietnam pada jam 08.30 malam di Stadium Bishan , Singapura.
Perlawanan Seterusnya!
Piala Suzuki AFF 2020 | Ahad, 12 Disember 2021
⚽ VIETNAM 🇻🇳 🆚 🇲🇾 MALAYSIA
🕣 8.30 mlm
🏟 Stadium Bishan
📺 Siaran langsung di Sukan RTM, TV Okey & Astro Arena #FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #VIEvMAS #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/B4uz7hfj3d— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 10, 2021
Musuh tradisi pimpinan Park Hang seo ini telah menewaskan pasukan Laos kelmarin dan menduduki tangga ketiga kumpulan B.
Carta Kedudukan Kumpulan B, Piala Suzuki AFF 2020
Selepas Hari Perlawanan 2 | Khamis, 9 Disember 2021
MALAYSIA 🇲🇾 4-0 🇱🇦 LAOS
INDONESIA 🇮🇩 4-2 🇰🇭 KEMBOJA#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/ZxAN2d6vq4— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 9, 2021
Ini sudah pasti jurulatih berasal daripada Korea ini pasti mengkaji permainan dan taktikal skuad Tan Cheng Hoe dan akan cuba melakukan serangan psikologi untuk meningkatkan moral anak-anak buahnya.
Ia pasti cabaran berbeza kerana Vietnam merupakan pasukan yang kuat dan pengalaman mereka dalam bermain kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 sudah pasti satu kelebihan buat mereka.
Baddrol dan Muhairi Ajmal sudah pasti akan berada dalam kesebelasan utama dalam pertemuan yang amat penting dalam perlawanan ketiga ini.
Tidak perlu takut kepada pasukan Naga Emas kerana dari psikologinya , Vietnam telah menganggap Harimau Malaya dianggap sebagai pasukan yang mampu menewaskan mereka.