Spekulasi perpindahan Jadon Sancho ke Manchester United bukan perkara baharu sejak ketibaan Ole Gunar Solksjaer di Old Trafford.
Malah pemain penyerang sayap itu telah dijadikan antara pemain sasaran utama untuk didatangkan ke Old Trafford, selain daripada Bruno Fernandes, Harry Maguire, Aaron Wan Bisaka, dan Daniel James sebelum ini.
Rundingan demi rundingan telah dilakukan bersama Borussia Dortmund untuk mendatangkan kembali bekas pemain akademi Manchester City itu ke England.
Dan ia juga bukan rahsia lagi Sancho turut mahu kembali ke England bersama Manchester United.
Dortmund want a total of €120M from Man Utd for Jadon Sancho and have set a deadline of August 10th, reports @cfbayern pic.twitter.com/nrc5a3HiDi
— B/R Football (@brfootball) August 3, 2020
Perkembangan terbaru menurut media di UK berkata Dortmund kini telah menetapkan 10 Ogos sebagai tarikh akhir untuk Sancho menyertai Manchester United.
Ini bermakna sebarang perbincangan antara kedua-dua pihak, harus dipersetujui menjelang tarikh tersebut.
Untuk bakat seperti Sancho, ia pastinya bukan murah untuk United. Kelab Jerman itu sudah menyatakan mereka mahukan yuran perpindahan melangkaui £100 juta untuk pemain antarabangsa England itu.
Sehingga kini Man United dan Dortmund belum lagi mencapai kata sepakat berkenaan nilai perpindahan, yang sudah pasti akan dijelaskan secara berperingkat mengambil kira keadaan ekonomi pada hari ini.
Simple question, Man Utd fans.
Do you want Jadon Sancho at the club? pic.twitter.com/ZFmXSRsZjg
— Goal (@goal) July 31, 2020
Dortmund meletakkan tarikh akhir tersebut kerana enggan menganggu persiapan menjelang musim baharu Bundesliga 2020/21.
Sancho sudah pun bersama Dortmund selama tiga tahun sejak tiba dari Etihad pada Ogos 2017 dengan nilai perpindahan £10 juta.
Pada Julai lalu, Man United sudah terlepas penyerang muda berusia 17 tahun, Jude Bellingham kepada Dortmund.
Penyerang muda berbangsa Inggeris itu memilih untuk ke Signal Igunda Park selepas meninggalkan Birmingham City dengan nilai perpindahan £30 juta.
Sebelum itu, Man United turut dikecewakan selepas Dortmund berjaya meyakinkan Erling Braut Haaland untuk ke Jerman selepas meninggalkan Red Bull Salzburg.
Man United adalah kelab pilihan utama untuk Haaland sebelum itu.