Dortmund Sahkan Mario Gotze Akan Pergi Tamat Saingan Musim Ini

Mario Gotze akan meninggalkan Borussia Dortmund selepas kontrak pemain itu tamat pada musim panas ini. Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Sukan Dormund, Michael Zorg pada hari ini.

Bintang Piala Dunia 2014 itu kembali menyertai Dortmund pada 2016 dengan nilai £20 juta, setelah sebelum itu menyertai Bayern Munich selama tiga tahun.

Namun kini Gotze adalah ejen bebas dan akan menyertai mana-mana kelab secara percuma, sebaik sahaja saingan Bundesliga pada musim ini tamat.

Di bawah kendalian Lucien Favre pada musim ini, Gotze sukar untuk memastikan tempat di dalam kesebelasan utama Dortmund, dan hanya menjaringkan tiga gol dari 20 penampilan di semua pertandingan.

“Kami akan berpisah dengan Mario Gotze pada musim panas ini,” ujar Michael Zorc kepada Sky Germany.

“Ia adalah perjanjian dan keputusan yang dihormati oleh kedua-dua pihak. Mario adalah individu yang hebat.”

Gotze mula beraksi untuk kesebelasan utama Dortmund ketika era Jurgen Klopp berhadapan dengan saingan daripada Julian Brandt sebelum pemain itu berhijrah dari Bayer Leverkusen pada musim panas lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu hanya beraksi dalam lima perlawanan Bundesliga pada musim ini dan diturunkan beraksi pada minit ke-87 perlawanan ketika membantu Dortmund menewaskan Schalke 4-0 pada minggu lalu.

“Beliau adalah pemain yang datangnya dari sistem akademi kami sendiri,” ujar Zoch lagi.

“Tetapi ianya adalah keinginan beliau juga untuk mencari peluang di tempat lain. Kemungkinan di luar Jerman.”

 

 

Kongsi artikel ini