Kejutan mungkin akan berlaku di dalam kem pasukan kebangsaan Malaysia selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Haji Hamid bin Haji Hamidin telah memberikan bayangan bahawa seorang lagi pemain akan masuk ke dalam skuad Harimau Malaya di Dubai.
“Sekarang waktu jam lapan pagi di Dubai. Nantikan ketibaan pemain ke 26 Harimau Malaya.” Video rasmi itu telah dimuatnaik ke saluran Youtube persatuan itu pada tengahari tadi dan ia telah pun mendapat reaksi yang positif di kalangan peminat tempatan.
"Nantikan ketibaan Pemain Ke-26 Harimau Malaya."
Dengar pesanan penting daripada Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.https://t.co/iBMQH5MV4J#FAM #HarimauMalaya
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 31, 2021
Terdapat desas-desus mengatakan Dion Johan Cools , pemain FC Midtjylands, Dion Cools akan mewakli pasukan negara dan akan menyertai skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang sedang berada di Dubai pada ketika ini.
It looks Dion Cools will be joining the national team for the #WCQ2022–#ACQ2023. #HarimauMalaya
— T. Avineshwaran (@avineshW90) May 31, 2021
Pemain kelahiran Kuching , Sarawak berdarah Malaysia di sebelah ibu dan Belgium di sebelah bapanya antara nama yang disebut untuk mewakili Harimau Malaya memandangkan dirinya antara 16 pemain yang telah diberikan pelepasan oleh kelab FC Midtjylands untuk tugasan antarabangsa.
5 Sebab Mengapa Harimau Malaya Perlukan Dion Cools https://t.co/WnKJPBsqM6
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 27, 2021
Seandainya khabar angin ini benar , Tan Cheng Hoe mempunyai tonik tambahan di bahagian pertahanan untuk mencatatkan keputusan yang memberangsangkan dalam tiga perlawanan yang akan berlangsung tiga hari lagi