Emir Eranoto bakat muda dari Indonesia mendedahkan pernah menolak tawaran untuk menyertai akademi bola sepak terkemuka dunia, La Masia hanya kerana teman wanita yang amat dicintainya.
Menurut beliau, kisah tersebut terjadi pada 2017. Emir pada ketika itu masih bersekolah dan sedang mencari jalan untuk menembusi pasaran di Eropah.
Peluang keemasan untuk Emir tiba apabila diundang mengikuti latihan pusat kelab gergasi Sepanyol, Barcelona yang diadakan di Australia.
Menurut laporan dari Indosport, Emir melalui latihan tersebut dengan cemerlang sebelum lulus untuk menyertai akademi bola sepak terkemuka dunia milik kelab Catalan itu, La Masia.
Tolak peluang
Namun demikian, Emir telah menolak peluang untuk menyertai Barcelona. Ini kerana beliau masih mahu meneruskan pendidikan formal di Indonesia, selain faktor lain yang dipengaruhi oleh teman wanitanya.
Pada ketika itu Emir menyifatkan hubungan jarak jauh amat sukar. Apatah lagi Emir dan teman wanitanya baru bercinta selama tiga bulan.
Pesepakbola muda Indonesia, Emir Eranoto, membantah ‘klaim’ Malaysia yg dilayangkan padanya. Pemain yg kini menimba ilmu sepak bola di ISM Academy, Italia itu menyatakan bahwa ia lahir di Jakarta bukan di Kuala Lumpur.#EmirEranoto #KlaimMalaysia #BakatMudaIndonesia #indosport pic.twitter.com/FiJLSCEfuG
— INDOSPORT (@indosportdotcom) April 20, 2019
“Saya menolak Barcelona dan salah satu alasannya ialah kerana saya tidak boleh berjauhan sama pacar saya,” ungkap Emir kepada INDOSPORT.
Melalui satu temuramah dengan media sama pada tahun lalu, Emir pernah berkata beliau pernah disangka orang Malaysia. Emir jua mengakui benci hal-hal yang sebenarnya dari Indonesia, tetapi dikatakan asal dari Malaysia.
Emir berputih mata
Malang sekali bagi Emir. Sudahlah tawaran oleh Barcelona ditolaknya. Saat Emir pulang ke Indonesia, dia mendapati teman wanitanya sudah mengikuti teman lelaki yang lain.
“Apabila saya pulang ke Indonesia, ada saja gitu jalannya [ketentuan] dari Tuhan. Pada ketika itu ketahuan dia jalan sama cowok lain,” kata Emir.
“Kerana saya merasa dia tidak memberikan sokongan kepada saya, malah lebih banyak hal negatif, akhirya saya ambil keputusan putus sama dia,” ujar Emir lagi.
Pemain Muda Indonesia adi Kapten Di Tim Itali.https://t.co/LDV2RuM2ER
.
.#socceright #anakbola #catchyourgoal #indonesia #pssi #emireranoto #ismacademy #perugia #fifa #football #soccer pic.twitter.com/DU40uBjYV4— socceright (@socceright) April 24, 2019
Jalan terus
Patah hati dan penyesalan jelas dirasakan Emir. Meski begitu, Emir akhirnya tetap mendapatkan jalan untuk meneruskan impian beraksi di Eropah
Pada 2018, Emir merantau pula ke Itali. Lebih setahun menyertai ISM Academy, Emir kemudian dipikat kelab Divisyen ke-6 Liga Itali, San Marco Juventina.