UEFA telah mendenda Paris Saint Germain (PSG) sebanyak €8000 dan menggantung bekas Pengarah Sukan kelab itu, Leonardo untuk satu perlawanan kerana terlibat dalam satu insiden ketika perlawanan menentang Real Madrid di pertandingan UEFA Champions League (UCL) musim lalu.
Juara eropah, Real Madrid menewaskan PSG dengan agregat 3-2 walaupun pada satu ketika ketinggalan 2-0, ketika perlawanan berbaki 30 minit.
Denda dan hukuman itu diumumkan oleh Badan Kawalan Disiplin & Etika UEFA baru-baru ini untuk kejadian yang berlaku pada 9 Mac.
Tindakan PSG tiada semangat kesukanan
Menurut The Athletic, Presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi dan Leonardo bertindak menyerbu bilik pengadil di Stadium Santiaga Bernabeu untuk membantah jaringan pertama Real Madrid dalam perlawanan tersebut.
Kedua-duanya mendakwa penjaga gol PSG, Gianluigi Donnaruma terlebih dahulu dikasari sebelum jaringan tersebut terhasil.
UEFA has found PSG guilty of violating basic rules of decent conduct for the harassment of refs after Real Madrid-PSG, therefore has suspended Leonardo for 1 game
— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) June 17, 2022
PSG sebelum ini didenda €16,000 pada 2 Jun lalu, tetapi telah merayu terhadap tindakan tersebut.
Kesalahan tersebut dianggap sebagai perkara asas yang tidak sepatutnya dilakukan, dan dianggap tiada semangat kesukanan oleh UEFA.
“Rayuan oleh PSG terhadap keputusan tersebut sebahagiannya dikekalkan. Keputusan tersebut dipinda seperti berikut,” kata kenyataan daripada UEFA.
🚨| UEFA has banned Leonardo for ONE match only, for the incident at the Bernabéu with Al-Khelaifi after PSG’s CL elimination. @marca #UCL
— Madrid Zone (@theMadridZone) June 17, 2022
“PSG kekal didenda sebanyak €8000 [separuh daripada denda asal] kerana perbuatan tersebut. Sebelum ini UEFA memutuskan dengdan sebanyak €16,000 untuk kesalahan yang sama.”
Leonardo sudah tinggalkan PSG
Bagaimana pun Leonardo sudah meninggalkan kelab Perancis itu dan beliau telah digantikan oleh Luis Campos.
Bekas pemain AC Milan itu dilantik oleh PSG sebagai Pengarah Sukan buat kali kedua pada Julai 2019.
Perkara itu telah disahkan oleh Presiden kelab, Al-Khelaifi sendiri.