Prestasi dan persembahan menyakinkan Khuzaimi Piee dalam perlawanan menentang Filipina sebelum ini mendapat pujian ramai peminat dan pemerhati bola sepak tanah air.
Tampil yakin tetapi tenang, Khuzaimi telah melakukan tidak kurang daripada 10 hadangan dalam perlawanan tersebut untuk mematikan terus bahagian serangan The Azkals yang diketuai penjaring terbanyak Piala AFF 2020, Bienvenido Maranon.
2016 Ong Kim Swee memberikan Khuzaimi caps pertamanya berdepan Afghanistan. Dia beraksi selama 22 minit di bek kiri. Selepas 6 tahun, dia diletakkan dalam kesebelasan utama di bek tengah. Dalam 56 minit permainan, dia berjaya melakukan 10 halangan.
#MASvsPHI #HarimauMalaya pic.twitter.com/BrW3Zn1VcQ
— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) March 24, 2022
Mungkin kerana sudah lama tidak beraksi bersama pasukan negara sejak debut pada 2016 pada era Datuk Ong Kim Swee, membuatkan ramai tidak menjangkakan Khuzaimi selagi lagi diberikan kepercayaan memperkuatkan pasukan negara.
Analisis ringkas
Sebenarnya ianya tidak menghairankan bagaimana Khuzaimi mampu menyerlah dalam perlawanan menentang Filipina.
Beraksi sebagai bek tengah di sebelah kiri sejak beberapa musim lalu bersama Melaka United dan UiTM FC sebelum ini, Khuzaimi terus menyerlah di posisi tersebut bersama Negeri Sembilan di bawah kendalian K. Devan.
Tidak ramai pemain pertahanan tengah (CB) yang memiliki kekuatan kaki kiri sebagai kaki dominan secara semula jadidi negara ini. Ini turut menjelaskan mengapa Khair Jones turut dipanggil menyertai pasukan kebangsaan pada kali ini.
Hasilnya, Khuzaimi berjaya membentuk gandingan yang lebih stabil di sebelah kiri pertahanan pasukan negara, bergandingan dengan baik bersama Corbin Ong dan Shahrul Saad.
Sekiranya mampu meneruskan prestasi serupa secara konsisten di peringkat kelab dan antarabangsa, maka tidak hairanlah Khuzaimi akan terus menjadi andalan pasukan negara pada masa hadapan.
Tunjuk ajar pemain senior
Salah satu sifat dan sikap yang dimiliki Khuzaimi yang membuatkan beliau disenangi penyokong dan rakan sepasukan adalah sikap rendah diri dan keinginan beliau untuk belajar bersama pemain senior.
Walaupun beraksi dengan sangat baik dalam perlawanan menentang Filipina, beliau tetap mahu penyokong terus mendoakan kejayaan pasukan untuk perlawanan mendatang. Beliau juga sempat memberikan kredit kepada pemain senior yang banyak membantu.
Satu lagi pemain yang menarik perhatian kami ialah Khuzaimi Piee.
Pertahanan tengah yang tenang dalam setiap keputusan yang dia lakukan. Satu aksi yang patut diberi pujian! 👏 Apa kata anda? #MASvPHI #ACQ2023 #AsianQualifiers #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/sDSFdZFOi3
— Team Malaysia (@TeamMsia) March 24, 2022
“Apa yang saua boleh cakap tentang perlawanan menentang Filipna, komitmen semua pemain di padang memberikan yang terbaik.
“Ini penampilan kedua saya bersama skuad kebangsaan tetapi tunjuk ajar daripada senior memainkan peranan untuk diri saya bermain (baik) pada malam itu,” katanya dalam sidang media menjelang perlawanan menentang Singapura pada malam ini.
Khuzaimi berazam meneruskan prestasi memberangsangkan pada perlawanan malam ini sekiranya terus diberikan kepercayaan berbuat demikian oleh Kim Pan-gon.