Dianggap ‘Lord’ Dan Mempunyai Wajah Iras Drogba, Siapa Sebenarnya Pemain Bangladesh Yang Mencuri Perhatian Netizen Ini?

Wajahnya ibarat dan iras bekas bintang Chelsea dan Ivory Coast, Didier Drogba.

Ada juga di kalangan peminat bola sepak tanah air yang menggelar beliau sebagai ‘Lord’, panggilan untuk pemain serba yakin tetapi gagal mencapai potensi diharapkan seperti Guilherme de Paula versi Bangladesh.

Perkongsian oleh Bangladesh Football Federation di halaman Facebook rasmi mereka terhadap gambar pemain ini mendapat sambutan hangat peminat bola sepak tanah air dan netizen.

Setakat ini, 385 reaksi telah diberikan, 340 komen ditulis, dan 32 perkongsian telah dilakukan oleh netizen di Malaysia.

Mengapakah pemain Bangladesh ini mendapat perhatian dan menjadi sensasi peminat bola sepak tempatan?

Siapakah beliau sebenarnya?

Kenali Bishwanath Ghosh

Pemain dan sebenarnya adalah Bishwanath Ghosh dan merupakan bek kanan Bangladesh.

Berjersi No.12, gaya rambut ibarat dan wajah ibarat seorang model menyebabkan Bishwanath Ghosh mendapat perhatian netizen di Malaysia.

Berusia 23 tahun, Bishwanath Ghosh beraksi bersama Bashundhara Kings FC di Bangladesh Premier League.

Beliau dianggap sebagai seorang pemain muda yang akan menjadi masa depan dan tunjang pasukan Bangladesh untuk tahun-tahun mendatang.

Bishwanath Ghosh juga adalah seorang pemain yang versatile. Kaki kanan adalah kekuatan utama pemain ini, namun beliau boleh beraksi di beberapa posisi lain seperti di kedua-dua belah bek tengah sekiranya diperlukan oleh ketua jurulatih, Javier Cabrera.

Walaupun masih muda, beliau dianggap sebagai pemain yang berpengalaman kerana sudah memiliki 22 caps bersama negaranya, dan merupakan pilihan pertama jurulatih sebagai bek kanan pasukan.

Ancaman buat Harimau Malaya

Walaupun merupakan seorang pemain pertahanan, pemain yang memiliki ketinggian 168cm ini dijangka akan menjadi antara ancaman untuk skuad Harimau Malaya untuk merealisasikan impian ke Piala Asia pada tahun hadapan.

Seperti bek kanan moden yang lain, Bishwanath Ghosh juga cenderung melakukan larian dan hantaran dari sebelah sisi padang untuk mencari rakan penyerang untuk disudahkan.

Beliau juga adalah seorang pakar set pieces, terutamanya melalui lontaran ke dalam jarak jauh ala bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

Selepas dua perlawanan, Bangladesh hanya menjaringkan satu gol setakat ini. Jaringan tersebut hadir ketika perlawanan menentang Turkmenistan dan dihasilkan oleh Mohamad Ibrahim.

Jaringan oleh Mohamad Ibrahim adalah berpunca daripada lontaran berkualiti daripada pemain ini.

Mengambil kira jaringan oleh Bahrain tempoh hari adalah yang bermula dan berpunca daripada lontaran ke dalam sehingga menghasilkan penalti tempoh hari, adalah wajar barisan pemain negara mengawasi rapat pergerakan pemain ini.

Kongsi artikel ini