“Dia Cuma Pandai Buat Siuu”- Legenda Arab Saudi Dedah Masalah Sebenar Dihadapi Cristiano Ronaldo Di Al Nassr

Cristiano Ronaldo sering menjadi tumpuan peminat bola sepak di Arab Saudi dan di seluruh dunia sejak melengkapkan perpindahan ke Al Nassr pada penghujung Disember lalu.

Namun sehingga kini kapten skuad kebangsaan Portugal itu masih gagal menghasilkan sebarang jaringan untuk kelab baharunya.

Kegagalan Ronaldo berbuat demikian menyeybabkan ramai yang mempertikaikan sama ada ianya berbaloi untuk Al Nassr membawa masuk pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu.

Laporan media sebelum ini mengatakan Ronaldo telah menandatangani perjanjian selama dua setengah tahun dan akan memperoleh GBP62 juta (RM330 juta) setiap musim.

Legenda dedah masalah Ronaldo

Bekas pemain Al Nassr dan legenda bola sepak Arab Saudi, Majed Abdullah baru-baru ini tampil mendedahkan masalah yang dihadapi oleh bekas pemain Real Madrid, Juventus dan Manchhester United itu yang menyebabkan pemain itu gagal menampilkan prestasi yang diharapkan.

Majed berpendapat masalah sebenar bukannya datang daripada Ronaldo, sebaliknya berpunca daripada barisan pemain lain di Al Nassr.

“Kejayaan membawa masuk Cristiano Ronaldo [ke Al Nassr] adalah perkara luar biasa. Tetapi pemain tempatan di Al Nassr harus membantunya,” kata Majeed kepada media di Arab Saudi.

“Cristiano [Ronaldo] saja tidak akan membawa maksud apa-apa kepada pasukan. Kemampuan dan prestasi yang ditampilkan pemain tempatan di dalam pasukan setakat ini tidak cukup untuk membantu bintang Portugal itu.”

Dalam erti kata lain, Majeed berpendapat terdapat perbezaan kualiti yang begitu jauh di antara Ronaldo dan rakan sepasukannya yang lain di Al Nassr.

Faktor itu menyebabkan Ronaldo gagal menampilkan potensi sebenar beliau di dalam padang, terutamanya untuk menghasilkan jaringan.

Setakat ini Ronaldo sudah beraksi dalam dua perlawanan kompetitif untuk Al Nassr – masing-masing satu perlawanan di Liga Arab Saudi dan satu perlawanan Piala Super Arab Saudi.

Di kedua-dua perlawanan itu, Ronaldo gagal menjaringkan sebarang gol walaupun beraksi penuh 90 minit perlawanan.

Dalam debut bersama Al Nassr, Ronaldo membantu pasukannya menang 1-0 ke atas Al Ittifaq walaupun tidak menghasilkan sebarang jaringan.

Bagaimanapun di perlawanan kedua, Al Nassr tewas 1-3 klepaa Al Ittihad di Piala Super Arab Saudi.

Kegagalan Ronaldo menyumbat gol turut mendapat kritikan pemilik Al Nassr, Al-Muammar baru-baru ini.

“Dia tidak pandai menggelecek, dia gagal mejaringkan gol, dia tidak boleh melakukan hantaran. Dia cuma pandai buat Siuuu…saya sudah penat,” kata Al-Muammar dalam rakaman TikTok yang tular di media sosial.

Kekalahan terbaru Al Nassr itu turut menyebabkan Ronaldo menjadi mangsa kritikan dan cemuhan penyokong.

Majed pula berpendapat barisan pemain Al Nassr yang lain harus berusaha meningkatkan prestasi permainan masing-masing dan terus membantu Ronaldo sehingga membuahkan hasil.

“Bantulah Ronaldo di dalam padang sehingga membuahkan hasil. Kerana saya belum melihat usaha tersebut di atas padang,” kata Majeed lagi.

Kongsi artikel ini