Derbi Nusantara : Empat Intipati Mengapa Harimau Malaya Wajib Benam Sang Garuda

Tekanan tinggi pasti akan dirasakan oleh skuad kebangsaan menjelang dua hari pertemuan yang paling ditunggu oleh kedua-dua belah penyokong antara negara Indonesia dan Malaysia bagi menentukan pasukan mana yang akan melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020.

Harimau Malaya diibaratkan seekor haiwan yang terluka kerana kekalahan yang memalukan kepada skuad Naga Emas pasti mahu membalas dendam kepada sang Garuda tetapi pada kali ini pasukan itu tampak ampuh di bawah pengendalian jurulatih berasal dari Korea Selatan , Shin Tae Yong.

Indonesia yang kini berada diprestasi yang paling baik sekali selepas berjaya mengikat pasukan Park Hang-seo dan kekal berada di tangga pertama kumpulan B dengan perbezaan jaringan ketika kedua-dua pasukan mempunyai mata yang sama.

Malaysia yang turun ke perlawanan terakhir kumpulan B mesti wajib menang ke atas Indonesia meskipun kehilangan duo bek tengah , Shahrul Saad dan Aidil Zafuan yang pasti tidak akan bermain akibat kecederaan.

Bagaimanapun skuad Tan Cheng Hoe boleh menarik lafas lega setelah pertahanan daripada kelab Mitjylland FC , Dion Cools telah tiba di Singapura dan terus menyertai kem kebangsaan menjalani latihan untuk memperkuatkan benteng pertahanan yang lemah bersama seorang lagi pertahanan Dominic Tan.

1. Kedudukan Malaysia berada di atas Indonesia.

Malaysia berada di tangga ke 154 dunia dalam senarai FIFA , manakala Indonesia berada di tangga ke 166 dunia. Perbezaan 12 kedudukan ranking itu pasti berdasarkan prestasi semasa kedua-dua pasukan.

Namun corak permainan Indonesia ketika ini sangat berlainan setelah dilatih oleh Shin Tae Yong di mana skuad muda Indonesia gemar melakukan serangan pantas dan keampuhan benteng mereka juga begitu cemerlang sekali.

Justeru menewaskan Indonesia merupakan satu kewajipan pemain Harimau Malaya dan sekiranya kalah atau sekadar seri ia satu perkara yang memalukan dan kemungkinan ranking Malaysia juga akan jatuh.

2. Bukti formasi dan taktikal Tan Cheng Ho masih relevan

Tan Cheng Hoe menggunakan formasi 4-3-3 atau 4-2-3-1 sejak beliau mengambil alih tugas Nelo Vengada pada tahun 2017.

Taktikal itu telah membawa kejayaan kepada pasukan Malaysia dalam kempen Piala AFF Suzuki 2018 sehingga ke perlawanan akhir yang menjadi naib juara.

Pada pusingan ke 2 , kelayakan Piala Dunia 2022 dan Kelayakan Piala Asia 2023 , Malaysia di tangga ketiga Kumpulan G dengan 12 mata menerusi empat kemenangan dan empat kekalahan, mengatasi Thailand di tangga keempat dengan sembilan mata dan Indonesia di tangga kelima dengan satu mata.

UAE dan Vietnam berjaya layak ke Pusingan 3, Kelayakan Piala Dunia 2022 sementara Malaysia dan Thailand layak ke Pusingan 3, Kelayakan Piala Asia 2023.

Bagaimanapun taktikal Tan Cheng Hoe mula dikritik setelah diaibkan di dalam dua perlawanan persahabatan menentang Jordan 4-0 dan Uzbekistan 5-1 pada Oktober yang lalu dalam persiapan menghadapi kempen Piala AFF 2020.

Ketika ditanya tentang taktikal pasukan beliau , selepas peminat membandingkan kejayaan skuad Malaysia kendalian Brad Manoley bawah 22 tahun (B-22) yang layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia B23 yang mengunakan formasi 3-4-3.

Respon kepada pertanyaan itu daripada bekas pengendali Kedah adalah pemain masih tidak dapat beradaptasi dengan formasi itu sekiranya ia mahu diserapkan pada masa sekarang.

Stanley Bernard dalam rancangan Astro Arena turut mencadangkan formasi 3-4-3 digunakan dalam perlawanan yang seterusnya ketika Malaysia tiada pemain tengah bertahan natural Junior Eldstal yang cedera daan masih belum pulih.

3-4-3

Dion Cools, Dominic Tan, Syahmi Safari dipilih sebagai tiga serangkai di bahagian pertahanan sementara Quentin Cheng dan Rizal Ghazali pula dipilih untuk mengisi posisi pertahanan sayap kiri dan kanan.

Rangkaian tiga penyerang diletakkan di bahagian depan iaitu Ariff Aiman , Safawi Rasid dan Luqman Hakim.

3. Peminat menilai prestasi duo bek Tengah  Dian Cools dan Dominic Tan 

Dominic Tan diturunkan ketika perlawanan menentang Vietnam selepas Aidil Zafuan terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan harmstring pada separuh masa pertama. Baru sahaja bermain tidak sampai 10 minit , Vietnam telah menjaringkan gol pertama.

Pertahanan kelab Police FC dari Thailand mengakui kurang minit permainan menjadikan aksi daripada beliau tidak konsistern namun bersemangat memperbaiki situasi itu dalam perlawanan menentang Indonesia pada hari Ahad ini.

Shahrul Saad juga tercedera dalam perlawanan menentang Vietnam , dan kini peranan itu akan diambil oleh Dion Cools dan Dominic Tan untuk berganding sebagai pertahanan tengah menentang skuad Garuda.

Kehadiran Dion Cools daripada Denmark ini boleh memberikan harapan baru kepada Harimau Malaya untuk mempertahankan benteng daripada dibolosi tetapi semua pemain dalam kesebelasan utama mesti menunjukkan aksi yang cemerlang diatas padang untuk menang.

4. Capai Key Performance Index (KPI ) oleh FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia menetapkan bahawa Harimau Malaya perlu mara sehingga ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2020 kali ini selepas mara ke perlawanan yang sama pada tahun 2018.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe telah mengesahkan kelayakan pusingan ke 3 Piala Asia 2023 dan hanya tinggal satu sasaran yang perlu diselesaikan oleh mereka.

Penyokong bolasepak mahukan aksi yang lebih baik dalam perlawanan menentang Indonesia dan sudah pasti mereka tidak Harimau Malaya tewas.

Dengan menewasakan Sang Garuda , ia pasti akan menutup mulut sebahagian pengkritik khususnya kepada jurulatih Tan Cheng Hoe yang seperti membuat beberapa keputusan yang tidak memuaskan hati peminat terutama pemilihan De Paula dan hanya 24 pemain di bawa ke Singapura pada kempen kali ini.

 

 

 

 

Kongsi artikel ini