Mike Ashley tetap akan memiliki deposit berjumlah £17 juta daripada konsortium Arab Saudi, walaupun jika pengambilalihan tersebut gagal.
Menurut laporan, deposit tersebut telah dibayar oleh konsortium yang diketuai oleh Amanda Staveley dan tidak bolej dikembalikan.
Ini bermakna pemilik Newcastle itu tetap berjaya menokok kekayaan walaupun jika pindah milik kelab tersebut tidak direalisasikan atas pelbagai sebab.
Antara yang boleh menggagalkan pengambilalihan tersebut adalah seperti sekiranya ia tidak mendapat kelulusan daripada pihak Premier League, atau pun sekiranya pihak Arab Saudi menarik balik minat terhadap kelab tersebut.
PCP Partners are in advanced talks with Mike Ashley to end his 13-year tenure as owner of Newcastle United, according to sources directly involved in the takeover.https://t.co/yraWhLRlzR
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 14, 2020
Amanda Staveley dan rakan kongsinya, Public Investment Fund of Saudi Arabia, dan juga adik beradik Reuben dikatakan enggan meraikan pengambilalihan tersebut buat masa ini, mengambil kira kegagalan sebelum ini.
Laporan media dari UK berkata pengambilalihan tersebut sebenarnya sudah lengkap dan menanti kelulusan daripada pihak Premier League.
Baki bayaran berjumlah £283 juta pula hanya akan dibayar selepas semua dokumen telah lengkap ditandatangan.
Sekiranya konsortium enggan menyerahkan baki bayaran kerana sebab tertentu, atau jika ada bantahan daripada Premier League, Ashley tetap £17 juta lebih kaya.
Exclusive: Mike Ashley was hours away from confirming £300m deal for sale of NUFC last week only for Saudi owners in-waiting to insist on delay. Saudi custom is to wait until completion before announcement, explaining why no statement. That’ll be next 3wks https://t.co/j6cOh7K3H7
— Craig Hope (@CraigHope_DM) April 20, 2020
Jumlah deposit sebanyak 5% tersebut telah dipersetujui kedua-dua pihak pada ketika penjualan kelab dinilai pada £340 juta, sebelum ianya diturunkan kepada £300 juta disebabkan situasi ekonomi semasa.
Jumlah deposit tersebut beserta syarat bagaimanapun dikekalkan.
Sumber kepada Sportmail pada minggu lalu berkata Ashley hampir sahaja mengesahkan penjualan Newcastle sebelum pihak Saudi memohon untuk penangguhan.
Sports Direct vs Oil. 🤷🏻♂️ #nufc #NUFCTakeover pic.twitter.com/4LzYk2plaG
— Mike Ashley (@MoneyMikeAshley) April 20, 2020
Pihak Saudi dikatakan mahu semua proses telah dilengkapkan tanpa masalah sebelum pengumuman dilakukan.
Ini bermakna Ashley perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga minggu lagi untuk membenarkan Premier League malakukan semakan sepertimana prosedur.
Banyak perkara boleh berlaku di dalam tempoh itu. Sebagai contoh, harga pasaran minyak mentah dunia turun dengan begitu teruk sekali. Mungkinkah ia akan mempengaruhi pengambilalihan ini?
Kini Arab Saudi dikatakan mendapat tentangan daripada kelab-kelab Premier League untuk meneruskan pengambilalihan.
Antara isu yang menjadi kerisauan adalah isu hak asasi manusia melibatkan pemerintah negara tersebut, dan isu cetak rompak yang diketengahkan oleh beIN Sports – rakan niaga terbesar Premier League di Timur Tengah.