Expand To Show Full Article
Demi Sesuap Nasi, Peninju Disembur Sanitasi Di Nicaragua Sebelum Pertarungan - Grandstand Kita

Demi Sesuap Nasi, Peninju Disembur Sanitasi Di Nicaragua Sebelum Pertarungan

Satu acara pertandingan tinju penuh kontroversi telah diadaka di Nicaragua pada hujung minggu lalu di mana peninju harus disembur cecair sanitasi sebelum pertarungan.

Mana-mana perhimpunan adalah tidak dibenarkan di kebanyakkan negara akibat penularan wabak global yang melanda. Namun ia tidak menghalang lapan pertarungan diadakan di Nicaragua.

Penonton yang hadir menyaksikan pertarungan turut akan disaring terlebih dahulu, dengan suhu badan dan cecair sanitasi disediakan di pintu masuk.

Gadis arena turut memakai topeng muka dan penonton yang hadir wajib berjarak 1 meter antara satu sama lain. Tidak kurang 800 kehadiran dilaporkan di acara tersebut pada hujung minggu lalu.

Dalam kenyataan untuk mempertahankan tindakan mereka membenarkan acara tersebut, kerajaan Nicaragua berkata mereka hanya ada 11 kes sejak wabak itu menular

Promoter perlawanan, Ricardo Alvares berkata beliau meneruskan acara tersebut untuk membantu peninju-peninju tersebut.

“Nicaragua adalah negara yang miskin, dan peninju ini masih perlu mencari makan untuk keluarga. Mereka tidak boleh duduk sahaja di rumah.

View this post on Instagram

This is Boxing This is 2020 @tvboxeo

A post shared by TVBOXEO (@tvboxeo) on

“Di sini di Nicaragua tidak ada kuarantin, dan semua orang masih perlu mencari makan.

“Pihak kerajaan Nicaragua khususnya Kementerian Kesihatan telah melakukan kerja baik untuk membendung wabak ini menjadi masalah di negara ini.

“Kami bernasib baik kerana tidak banyak kes, dan setiap orang ada tanggungjawab, maka kami juga berusaha.”

Di Nicaragua golongan pekerja sudah mulai kembali bekerja dan sukan lain seperti bola lisut (baseball) dan liga bola sepak sudah mula berlangsung sepenuhnya.

Kongsi artikel ini