Pemain tengah Tottenham Hotspur, Dele Alli telah dihukum gantung satu perlawanan oleh pihak Persatuan Bola Sepak (THE FA) kerana satu muat naik video di media sosial mengenai wabak yang sedang melanda.
Pemain berusia 24 tahun itu memuatnaik satu video Snapchat pada Februari lalu dan mempersendakan penularan wabak tersebut dengan mengejek seorang lelaku keturunan Asia.
Pemain antarabangsa England itu juga didenda £50,000 serta diarahkan untuk mengikuti kursus untuk menambah pengetahuan.
BREAKING: The FA have suspended Dele Alli for one match, fined him £50,000 and he must go on an educational course.
This means he misses the game against United. pic.twitter.com/gBuWkW0y3y
— Footy Accumulators (@FootyAccums) June 11, 2020
Hukuman tersebut bermakna Alli akan terlepas perlawanan penting menentang Manchester United pada 19 Jun.
Video yang dimuatnaik oleh Alli memaparkan dirinya memakai telikup muka di sebuah cafe terletak di lapangan terbang.
Kamera beliau kemudian diarahkan kepada seorang lelaki Asia, sebelum pemain itu menekan butang zoom dengan pencuci tangan antiseptik di antaranya.
Ketika kes beliau dibicarakan, Alli berkata beliau pantas menyedari video tersebut boleh mengundang rasa marah, dan mendorong beliau bertindak pantas memadamnya sebelum menaiki penerbangan.
Alli juga mendedahkan beliau dikhianati oleh seorang rakan yang menjual video tersebut daripada akaun peribadinya kepada pihak media.
“Sebagai respon kepada keputusan FA, saya mahu memohon maaf sekali lagi untuk kesilapan akibat tindakan yang saya lakukan,” ujar pemain itu melalui satu kenyataan.
“Ia adalah jenaka yang tidak kena tempat mengenai wabak yang kini ia memberi kesan yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini.
“Saya lega FA mengesahkan tindakan saya sebagai ‘bukan rasis’ kerana saya menentang apa jenis bentuk diskriminasi perkauman. Kita seharusnya menjaga tutur kata dan tingkalaku kita dengan lebih baik dan menyedari bagaimana ia boleh memberi kesan kepada orang lain.”