Defoe Suruh Harry Kane Keluar Dari Spurs Jika Mengidam Medal Kejuaraan

Bekas bintang Spurs , Jermaine Defoe memberitahu , Harry Kane mesti meninggalkan kelab Utara London itu sekiranya mengidam untuk memenangi gelaran juara utama.

Kane dianggap sebagai salah satu penyerang terbaik England dalam bola sepak Eropah namun dia masih kempunan untuk mendapatkan medal kejuaraan yang pertama di tangannya walaupun setelah 12 tahun bersama Spurs.

Kane and Defoe played together at Tottenham, before the latter moved to Toronto in 2014

Skuad kendalian Jose Mourinho kini berada di tangga ke 6 liga Inggeris setelah menghadapi 29 perlawanan dan tidak mungkin untuk menggapai kejuaraan mahkota EPL yang mungkin dinobatkan kepada Manchester City yang memungut 71 mata dan Defoe berpendapat sudah tiba masanya penyerang berusia 27 tahun itu mencari cabaran baru dengan pasukan lain yang boleh mencapaikan impiannya.

“Anda perlu menang dan membawa medal , jika tidak , ia tidak cukup baik,” bekas frontman Tottenham yang kini bermain di Scotland dengan Rangers memberitahu kepada talkSPORT.

“Jika Harry Kane mahu memenangi piala maka ia kelihatan seperti dia perlu pergi.

“Saya tidak fikir ia akan mudah baginya untuk keluar dan dia mungkin melihatnya dan mahu menamatkan menjadi penjaring gol tertinggi dalam sejarah kelab.

“Dia boleh berharap memenangi beberapa piala, tetapi jika dia benar-benar mengidam kejuaraan maka dia benar-benar perlu pergi.”

Kane menyertai Spurs sebagai seorang pelatih ketika berusia 11 tahun dan telah menghabiskan keseluruhan kerjaya profesionalnya dengan kelab itu  setelah dia membuat debut pertama di peringkat senior pada 25 Ogos 2011

Terkini dia telah menjaringkan 215 gol dalam 327 penampilan dalam semua pertandingan, menjadikannya penjaring kedua tertinggi Spurs sepanjang zaman di belakang Jimmy Greaves.

Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Spurs itu yang mempunyai baki kontrak sehingga 2024 pada musim hadapan bagi menggantikan Edison Cavani yang mungkin tidak memperbaharui kontrak bersama Manchester United selepas Jun 2021.

Selain daripada Manchester United , Real Madrid boleh menjadi kelab yang berpotensi untuk Kane sekiranya beliau melangkah keluar dari kelab Spurs.

Kongsi artikel ini