Debut Pertama Louie Barry Bertukar Jersi Dengan Fabinho Tetapi Menukar Fikiran Semula

Meskipun telah tewas 1- 4 kepada pasukan Liverpool di pusingan ketiga Piala FA , ia menjadi satu saat yang tidak boleh dilupakan oleh pemain muda Aston Villa Louie Barry yang berjaya menjaringkan gol pertama untuknya dalam skuad senior Dean Smith.

Louie Barry received two debut shirts to remember in his goalscoring Aston Villa debut

Tambahan lagi , penyerang muda yang berusia 17 tahun itu berjaya mendapatkan jersi yang disarung oleh pemain Liverpool , Fabinho selepas tamat perlawanan yang dilangsungkan di Villa Park stadium awal pagi tadi.

Selepas bertukar jersi dengan pemain tengah The Reds itu , beliau mengubah fikiran setelah dinasihati oleh seorang pembantu jurulatihnya bahawa jersi yang dipakai itu merupakan debut pertamanya dalam skuad senior Dean Smith dan Louie Barry mestilah menyimpannya.

Louie Barry mendengar nasihat itu dan berlari ke dalam terowong yang menuju ke bilik persalinan bagi mendapatkan semula jersinya daripada Fabinho.

Pemain muda itu meminta maaf dan meminta semula jersinya sambil mengembalikan jersi Fabinho. Pemain tengah Liverpool itu menyerahkan jersi Louie Barry tetapi tetap meminta pemain muda itu menyimpan jersinya sebagai kenangan.

Momen itu dapat dirakam serta dikongsikan di platform Twitter oleh Football on BT Sports dan ia mendapat banyak komen yang positif oleh penyokong Aston Villa.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu Barry berkata bahawa ia adalah satu pengalaman yang cukup bagus bagi diri dan rakannya yang pertama kali beraksi dalam skuad senior serta dapat menjaringkan gol ke atas pasukan Klopp.

β€œSaya tahu saya dapat melakukannya dan saya nampak (menjaringkan gol). Ia berlaku begitu pantas dan saya tidak pernah berbangga cuma saya gembira dapat menjaringkan gol.

” Saya hampir memberikan jersi saya kepadanya (Fabinho). Terima kasih kepada beliau kerana saya meminta jersi saya semula dan saya mendapat kedua-duanya juga.”

Pengurus Aston Villa Dean Smith yang terpaksa membariskan tujuh pemain dari skuad bawah 23 tahun dan empat pemain daripada skuad bawah 18 tahun disebabkan sebahagian pemain seniornya terpaksa dikuarantinkan selepas didapati positif virus Covid-19

Tiada kelibat pemain seperti Jack Grealish , Ollie Watkins , Betrand Traore , Emilian Martinez dan beberapa pemain senior yang lain.

Skuad Jurgen Klopp mendapat jaringan gol menerusi Sadio Mane ( 4,63 ) , Georgino Wijnaldum (60) dan Mohamed Salah (65) dan ia merupakan pasukan terkuat yang pernah dihadapi oleh pemain-pemain muda Aston Villa yang telah mendapat banyak pengalaman dari perlawanan tersebut.

Selain Barry , antara pemain yang menunjukkan persembahan cemerlang ialah penjaga gol muda Akos Onodi 19 tahun yang juga pertama kali diturunkan dalam skuad senior.

Pemain-pemain muda ini merupakan prospek jangka panjang dalam pembangunan skuad Aston Villa yang bakal mengisi kekosongan dalam kesebelasan utama di masa akan datang.

Kongsi artikel ini