Debut Ariff Aiman Di ACL 2021 Tenggelamkan Persembahan Safawi Rasid

Pemain muda JDT yang semakin mempamerkan prestasi memberangsangkan , Ariff Aiman telah membuat penampilan kali pertama dalam Liga Juara AFC (ACL) pada perlawanan menentang kelab Nagoya Grampus , Jepun.

Biarpun kelab dengan jolokan Johor Southern Tigers tewas kepada wakil Jepun ini , Ariff Aiman yang berusia 19 tahun bermain di sebelah sayap kiri tidak menunjukkan aksi yang gugup malahan pemain ini memberikan kegentaran kepada pertahanan pasukan lawan dalam usaha menjaringkan gol.

Ariff Aiman mempunyai mentaliti yang sungguh kuat. Kemungkinan beliau telah belajar dari pengalaman ketika berada dalam skuad Harimau Malaya di kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada minggu lalu.

Image

Dalam perlawanan berkenaan Aiman menunjukkan sikap ketenangannya apabila bola berada dalam kawalan kaki serta mempamerkan keberanian memasuki ke kotak gol lawan untuk yang hampir menewaskan Shumpei Naruse pemain pertahanan Nagoya dan penjaga gol Mitchell Langerak.

Pemain ini juga rajin turun ke bawah bagi membantu benteng JDT dari di bolosi dengan mengejar bola di kaki lawan serta mengatur serangan bersama Leandro , Natxo dan Afiq untuk menghantar umpanan ke Bergson dan Safawi Rasid.

Berada di posisi sayap kiri merupakan kelebihan Ariff Aiman dan Benjamin Mora seharusnya terus mempercayai kredibilitinya untuk terus meletakkan beliau dalam kesebelasan utama dalam perlawanan yang akan datang.

Johor Darul Ta’zim terpaksa menerima kekalahan 0-1 kepada kelab yang mewakili Jepun ini hasil jaringan oleh Hiroyuki Abe di separuh masa kedua. Penjaga gol JDT , Farizal Marlias cuba membuat bantahan kepada pembantu pengadil kerana mengatakan ada pemain Nagoya berada dalam offside namun pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) tetap mengesahkan jaringan berkenaan.

Pengadil Mohammed Abdulla Hassan Mohamed turut membatalkan gol Bernando Da Silva pada minit-minit akhir perlawanan kerana pemain dari Brazil itu dikatakan menolak pemain pertahanan Nagoya terlebih dahulu di dalam kotak penalti.

Johor Darul Ta’zim mempunyai lima perlawanan lagi termasuk timbal balik dan akan menentang pasukan Ratchaburi FC dari Thailand pada 25 Jun 2021 ini.

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email