Dean Henderson dilaporkan telah menyatakan pendiriannya enggan menjadi penjaga gol kedua di belakang David de Gea di Old Trafford pada musim hadapan.
Malah penjaga gol muda itu sudah memaklumkan kepada Ole Gunnar Solksjaer untuk menjadikan dirinya penjaga gol No.1 atau jualkan sahaja beliau ke kelab lain.
Penjaga gol itu kembali menyertai United selepas beraksi secara pinjaman selama dua musim bersama Sheffield United.
❓ Who should be starting in goal for #mufc next season, David de Gea or Dean Henderson? pic.twitter.com/ihhK89pxAj
— United District (@UtdDistrict) July 31, 2020
Aksi cemerlang berliau bersama Sheffield membuatkan ramai penyokong mahu Henderson menjadi pengganti kepada De Gea yang sering melakukan kesilapan sehingga dibolosi.
De Gea telah menjadi penjaga gol pilihan utama Man United sejak sembilan musim yang lalu. Namun laporan terbaru dari UK berkata Henderson tidak berminat untuk memanaskan bangku simpanan bersama United pada musim hadapan.
Henderson dikatakan berminat dengan corak permainan Chelsea yang kini turut mengalami krisis penjaga gol.
😮 David de Gea finished the 2019/20 Premier League campaign with the second best save success rate of goalkeepers with 25+ appearances (73.3%)
First was…. Dean Henderson (75.2%) 👀 pic.twitter.com/TdVuwfcEhP
— WhoScored.com (@WhoScored) July 28, 2020
Frank Lampard sendiri turut merehatka penjaga gol termahal dunia Kepa Arrizabalaga dan hampir pasti mahukan seorang penjaga gol baru pada jendela perpindahan akan datang.
Henderson yang kini berusia 23 tahun menyelamatkan bola sebanyak 97 kali untuk The Blades pada musim ini, termasuk 13 clean sheets untuk skuad Chris Wilder.
Merupakan produk akademi United, Henderson sudah dipinjamkan sebanyak lima kali dan menyerlah di Bramall Lane dengan membantu kelab itu memenangi promosi pada musim lalu.
Deano 🧤
The David 'Shred' Spencer Young Player of the Year is Dean Henderson. pic.twitter.com/rALO40FYOO
— Sheffield United (@SheffieldUnited) July 31, 2020
Prestasi Henderson turut mendapat perhatian Gareth Southgate dan pemain itu mendapat panggilan pertama menyertai skuad kebangsaan England pada Oktober lalu.
Tekanan semakin memuncak pada De Gea selepas kesilapan yang dilakukannya ketika United tewas 3-1 kepada Chelsea di separuh akhir Piala FA.
Ia bukan satu-satunya kesilapan yang dilakukan De Gea sepanjang musim lalu. Malah beliau dimaulkan dalam perlawanan menentang Watford pada Disember lalu apabila gagal membaca lantunan bola sehingga membenarkan jaringan untuk lawan.