Pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong mendedahkan bagaima bekas rakan sepasukan di Ajax, Abdelhak ‘Appie’ Nouri menjadi inspirasi di sebalik perpindahan beliau ke kelab Catalan itu.
Pada awal pagi tadi, abang kepada Nouri, Abderrahim mengumumkan berita menggembirakan bahawa Nouri kini sudah pun sedar dari koma selama lebih 3 tahun.
Nouri rebah ketika beraksi dalam satu perlawanan persahabatan pra musim menentang Werder Bremen pada Julai 2017 akibat masalah ritma jantung yang tidak stabil.
Nouri adalah pemain akademi Ajax sejak dari usia 9 tahun kemudiannya dilaporkan mengalami kerosakan otak yang teruk akibat insiden itu.
Broer Mo en teamgenoten Frenkie de Jong, Donny van de Beek en Steven Bergwijn over Abdelhak Nouri. Hele gesprek -> https://t.co/f07oT75htl #DWDD pic.twitter.com/HuIptl8VMN
— DeWereldDraaitDoor (@dwdd) March 26, 2020
Setelah mendapat perkhabaran itu, De Jong yang beraksi bersama Nouri sejak beberapa tahun lalu sehingga menjadi kawan karib berkongsi kisah mereka di siaran televisyen Belanda.
Beliau turut mendedahkan bagaimana Nouri memainkan peranan besar terhadap perpindahan beliau ke Barcelona.
“Pada 2019, saya mulai mengalami keraguan,” ujar De Jong kepada rancangan televisyen De Wereld Draait Door.
“Kemudian ibu Appie datang dan bertanya kepada beliau: ‘Patutkah Frenkie pergi?’ Ibu beliau kemudian menyebut nama kelab, ‘patutkah dia menyertai Barcelona?’
“Appie kemudiannya memberikan persetujuan menggunakan keningnya. Ia adalah saat yang sangat indah untuk saya dan keluarganya.”
Frenkie de Jong: "When it was still unclear which club I was going to sign for, I went to see Nouri and his mother asked him: "My son, where should he go?" And when she mentioned Barça, Nouri raised his eyebrows. It was wonderful." [dwdd via @TheEuropeanLad] pic.twitter.com/Lx8rIi9p15
— Omari Emmanuel. (@kingdemaestro) March 27, 2020
Dalam rancangan itu juga De Jong turut berkongsi bagaimana Nouri meyakinkan beliau menyertai Ajax ketika beliau masih bersama Willem II dan turut mendapat minat daripada PSV Eindhoven.
“Saya telah memutuskan untuk meninggaljan Willem II,” tambah De Jong.
“Kemudian kebetulan saya ada kejohanan di Greek bersama skuad Bawah-19 Tahun.
Appie datang kepada saya dan berkata: ‘Tidak. Anda harus datang ke Ajax. Kemudian kita boleh bermain bersama-sama. Apa anda mahu buat di PSV? Datang saja sertai Ajax.’
“Appie memang banyak bercakap kepada saya.”
Abang kepada Nouri, Abderrahim tueur berkongsi bagaimana keadaan pemain itu yang sedang menunjukkan perkembangan semakin positif di rumah.
Nouri’s brother: “Appie is doing good. He’s at home now. He is aware of where he is. People will now wonder ‘what does it mean, that he’s doing good?’. Well, he is not in coma anymore, he is awake, he eats, he sneezes. Sometimes he can communicate by lifting his eyebrows.” [dwdd] pic.twitter.com/IaUyHf6SEn
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) March 26, 2020
“Beliau baharu sahaja pulang ke rumah. Kami menjaga beliau sekarang. Sejak pulang ke rumah, keadaannya lebih baik berbanding ketika berada di hospital,” kata Abderrahim.
“Beliau tidak lagi koma. Tetapi masih sentiasa berada di katil dan harus bergantung kepada kami.”
“Ada harinya ketika mood beliau baik, beliau akan berkomunikasi dengan kening atau senyuman. Tetapi ia tidak lama.
“Kami bercakap kepada Nouri seolah-olah dia sihat. Kami ajak beliau ke dalam perbualan dan menonton bola sepak bersama-sama di ruang tamu.
“Anda akan menyedari beliau amat sukakan bola sepak. Beliau sering menunjukkan emosi. Adakalanya terlebih emosi. Tetapi sering kali beliau akan tersenyum.
“Itu sudah cukup bagi kami. Ia membuatkan anda menghargai setiap senyuman.”