Pemegang lapan kejuaraan dunia dalam sukan skuasy Datuk Nicol David telah dicalonkan untuk Anugerah World Greatest Athlete of All Time bersama 23 atlit yang lain daripada 24 sukan yang berbeza seluruh dunia.
Pencalonan ini merupakan satu pengiktirafan besar di peringkat antarabangsa khas buat Ratu Negara Skuasy yang telah menjulang nama Malaysia di mata dunia.
@NicolDavid has been shortlisted in @TheWorldGames Greatest Athlete of All Time poll! 🗳
Vote for the 8x World Champion here ⬇️https://t.co/9dmIOgIBLm#squash pic.twitter.com/8xlTlCYUaj
— World Squash (@WorldSquash) January 8, 2021
Anak kelahiran Pulau Pinang ini telah dipilih untuk anugerah berkenaan berdasarkan rekod pencapaian yang luar biasa dalam sukan skuasy di peringkat antarabangsa. Malahan beliau merupakan calon tunggal untuk benua Asia.
Bekas juara dunia yang juga merupakan pemegang ranking nombor satu dunia dalam World Squash Federation (WSF) paling lama bermula pada 2006 selama 108 bulan ( 9 tahun ) sebelum Raneem El Weleily pemain skuash Mesir memgambil alih posisi itu pada tahun 2015.
🗳 @NicolDavid has been shortlisted for @TheWorldGames Greatest Athlete of All Time poll 🐐
Voting begins on January 8 at 9:00 CET – read more ⬇️https://t.co/WzQP5vg9u0#squash pic.twitter.com/gxJS7Q0uQe
— PSA World Tour (@PSAWorldTour) January 4, 2021
Kehebatan Nicol David di gelanggang skuasy dengan meraih pelbagai trofi dan kejuaraan sepanjang dua dekad menjadi satu sejarah gemilang sebagai ahli sukan kepada negara Malaysia.
Bagaimanapun impiannya untuk menyertai Sukan Olimpik dan menggengam pingat emas dalam sukan yang paling gemilang sekali tidak pernah tercapai berikutan skuasy tidak pernah dimasukkan sebagai salah satu acara yang dipertandingkan dalam temasya sukan yang diadakan setiap empat tahun.
Kini Datuk Nicol David 38 tahun telah pun menggantung raket skuasynya pada Jun 2019 yang lalu aktif di dalam yayasan yang telah ditubuhkannya. Selain itu , beliau menjadi speaker motivasi , menulis pandangan mengenai sukan dan menggalakkan generasi muda menyertai sukan yang diminati.
Setakat artikel ini ditulis , ikon sukan negara ini telah memperoleh sebanyak 30317 undian selepas di buka pada 8 Januari 2020 semalam dan undian beliau sedang mendahului undian para atlet lain yang turut tercalon.
Justeru itu , seluruh warga Malaysia dijemput untuk mengundi Datuk Nicol David di sini. Penyertaan undian ini akan ditutup pada 01 Februari 2020.
Sepuluh undian atlit yang tertinggi akan disenaraipendekkan dan pengumuman pemenang akan dimaklumkan di laman rasmi penganjur.