Datuk Bandar Liverpool, Joe Anderson berkata menyambung semula saingan Premier League pada musim ini bukan lagi pilihan, dan beliau turut risaukan situasi tidak terkawal apabila penyokong berkumpul di luar Anfield.
Pihak Premier League sudah memaklumkan kepada semua kelab akan beberapa venue yang akan digunakan, memberi indikasi baki saingan akan diadakan di gelanggang berkecuali.
Liverpool sedang menunggu kejuaraan pertama liga mereka sejak 30 tahun yang lalu, dan kini memiliki kelebihan 25 mata di persada liga.
Baru-baru ini pihak Premier League mencetuskan idea ‘Project Restart’ dalam usaha memastikan saingan pada musim ini mampu disambung semula pada 8 Jun.
“It’s a non-starter”
Liverpool mayor @mayor_anderson fears “farcical” situation when fans gather outside Anfield when team wins title if season resumes.
Fears social distancing rules will be breached even if matches played at neutral venue. https://t.co/4JEoXEaJ0X— Dan Roan (@danroan) April 30, 2020
Antara peraturan yang digunapakai ketika saingan musim ini disambung semula ialah dengan mengadakan perlawanan dalam stadium tertutup, selain pengamalan penjarakan sosial dalam usaha membendung wabak.
Sebelum ini idea untuk perlawanan diteruskan di venue asal untuk perlawanan Premier League dan EFL dikatakan akan memberikan cabaran kepada pihak berkuasa mengawal keadaan,
Timbalan Ketua Konstable, Mark Roberts berkata ‘pilihan’ untuk venue harus disemak sewajarnya.
Anderson pula adalah Datuk Bandar pertama yang menduduki jawatan tersebut yang dipilih secara terus.
“Walaupun jika ianya diadakan di dalam stadium tertutup, pasti akan ada ribuan manusia akan hadir ke Anfield,” kata Anderson.
Mayor Joe Anderson has commissioned the city's new public health director, Matt Ashton, to conduct a wide-ranging investigation that will work with the city's universities to try and ascertain whether there is a direct link. https://t.co/UX8ptJAzd2
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) April 24, 2020
“Tidak ramai daripada mereka yang akan menghormati apa yang telah kita katakan, seperti arahan jauhkan diri dari stadium. Ramai yang akan datang untuk meraikannya, maka saya berpendapat ia [menyambung saingan] bukan pilihan.”
Mengenai pendapat jika bermain di gelanggang berkecuali akan membantu situasi tersebut, Anderson menambah: “Walaupun demikian, saya percaya ramai yang akan datang di perkarangan Anfield untuk meraikannya, dan saya boleh faham akan kerisauan pihak polis. Jadi ia memang situasi sukar untuk kami.
“Saya berpendapat ianya tidak mudah untuk pihak polis memastikan setiap yang hadir mengikut peraturan penjarakan sosial jika mereka datang ke perkarangan Anfield. Ia akan membawa malapetaka.
“Ia sukar untuk kami menghentikan orang ramai dari berkumpul jika cuacanya bagus, terutamanya orang muda. Saya risau orang ramai tidak akan pedulikan [amaran] lagi.
“Pihak polis mempunyai hak untuk berasa risau sepertimana kami di majlis perbandaran, begitu juga dengan pegawai kesiharan yang risau mengenai perkara ini.
Mayor of Liverpool, Joe Anderson, says #LFC should be awarded the Premier League title but that the football season should not restart until #Covid19 is firmly under control. pic.twitter.com/o7RYk82RO9
— BBC North West (@BBCNWT) April 30, 2020
“Oleh kerana itu kami memohon supaya pihak Premier League dan kerajaan mengambil kira kerisauan kami.”
Anderson turut menambah: “Pada pendapat saya cara terbaik ialah untuk menamatkan sahaja saingan pada musim ini.
“Ia bukan sahaja mengenai Liverpool – mereka sudah jelas memenangi liga – dan mereka selayaknya begitu. Mereka patut diberikan gelaran juara.
“Tetapi perkara terutama ialah kesihatan dan keselamatan ramai orang, dan saya berpendapat bola sepak sepatutnya adalah perkara kedua jika kita perlu membuat keputusan.”
Untuk rekod, tidak kurang 300 orang telah mati akibat jangkitan wabak di Hospital Liverpool. Sebelum ini terdapat dakwaan perlawanan Champions League diantara Atletico Madrid dan Liverpool di Anfield sebagai punca utama penularan wabak di Merseyside.