Setiap kali perlawanan membabitkan pasukan negara di tempat sendiri, sama ada di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) atau di Stadium Shah Alam (SSA), antara perkara pertama yang menjadi tarikan adalah tifo gergasi yang akan dinaikkan oleh kumpulan penyokong Ultras Malaya.
Sejak beberapa tahun lalu, antara tifo gergasi yang terkenal pernah diperkenalkan oleh Ultras Malaya adalah tifo ‘Satu Jiwa’.
Tifo tersebut menggambarkan seekor harimau yang berdiri megah memegang bendera Malaysia.
Begitu juga dengan tifo gergasi seekor harimau yang berdiri megah memegang sebiji bola.
Ia adalah untuk meniup semangat pemain untuk berjuang habis-habisan di tengah padang untuk memberikan kemenangan kepada pasukan.
Tifo tengkorak dan bola angka 7 & 9
Untuk perlawanan menentang Turkmenistan pada malam tadi, Ultras Malaya menampilkan sebuah tifo gergasi.
Seperti kebiasaan, setiap tifo datang dengan maksud tersirat yang tersendiri. Ramai yang tertanya-tanya maksud sebenar tifo terkini daripada Ultras Malaya.
Sebenarnya mesej yang cuba disampaikan oleh Ultras Malaya kali ini amat direct dan tidak sukar diterjemah.
Ini adalah maksud tifo UM semalam:
Bola bermata 7 dan 9: 7 mata atau 9 mata yg diperlukan utk kita layak secara merit ke Piala Asia. Tiada jumlah mata lain yg kita perlukan. Sama ada 7 atau 9 sahaja.
Bola warna biru dan merah: minimum (biru) dan maksimum (merah) https://t.co/UZWROwarpa
— #amyary (@_amyary) June 9, 2022
Menurut perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, @_amyary.
Bola dengan angka dan 7 dan 9 merujuk kepada jumlah mata minima (biru) dan maksima (merah) yang boleh dikutip oleh pasukan negara melalui tiga perlawanan di Kumpulan E.
Padang bola hijau: jumlah mata minimum dan maksimum harus diterjemahkan/dibuktikan di dlm padang bukan sekadar berteori/ berkata².
Logo Piala Asia: matlamat perjuangan kali ni adalah utk layak ke Piala Asia 2023.
— #amyary (@_amyary) June 9, 2022
Tangan yang terdepa di atas padang pula bermaksud kejayaan yang harus diterjemahkan di atas padang, dan bukan melalui alasan atau penubuhan suruhanjaya siasatan untuk memberi justifikasi kegagalan selama ini.
Rupa berwajah tengkorak pula merujuk kepada penyokong bola sepak negara yang sudah begitu dahagakan kejayaan pasukan negara layak secara merit ke Kejohanan Piala Asia.
Dalam keadaan sedar atau tidak, sebenarnya skuad bola sepak kebangsaan Malaysia sudah tidak mengecapi aksi bola sepak tertinggi kebangsaan diperingkat benua Asia secara merit selama 41 tahun jika dikira sehingga tahun 2021.
Banner Its Do Or Die, No Excuses… Wake Up Harimau Malaya: Piala Asia wajib kita layak utk kali ni dan jgnlah terus bermimpi.
Kredit kepada Sharp DC, salah seorang arkitek dalam kejuruteraan dan pembinaan tifo ni.
— #amyary (@_amyary) June 9, 2022
Tempoh 41 tahun ini adalah selepas kali terakhir skuad kebangsaan layak secara merit ke saingan Piala Asia edisi 1980 yang berlangsung di Kuwait.
Jelas untuk pusingan kelayakan kali ini, penyokong turut enggan mendengar sebarang alasan apabila banner Its Do Or Die, No Excuses… Wake Up Harimau Malaya: Piala Asia wajib kita layak utk kali ni dan jgnlah terus bermimpi turut dipamerkan.
Menurut ciapan tersebut, arkitek di sebalik terciptanya tifo gergasi tersebut dikenali sebagai Sharp DC.