Dari Trequartista & False 9 Unggul, Totti Pernah Niat Sabotaj Penalti Di Perlawanan Terakhir

Tidak sukar untuk membuat kajian akan karier Francesco Totti. 25 tahun karier hebat berpusat di Kota Rom, bersama-sama A.S Roma. Beliau menyertai akademi sebuh kelab di Rom, Fortitude pada usia 8 tahun.

Totti kemudiannya beraksi untuk pasukan remaja, Smit Trastevere and Lodigani sebelum menarik perhatian barisan pencari bakat remaja A.S Roma pada tahun 1989.

Pemain ini tidak pernah menoleh ke belakang lagi sejak daripada itu. Keunikkan utama pemain ini adalah kemampuan beliau beraksi di mana-mana posisi serangan di belakang penyerang utama.

Peranan ini menjadikan beliau sebagai trequartista terbaik pernah dunia bola sepak saksikan

Kebolehan visi luar biasa, disertai kelebihan fizikal dan mental membuat beliau menjadi pemain tersohor Roma.

Dari Trequartista kepada False 9

Musim 2004-2005 adalah musim yang mengecewakan buat Totti dan A.S Roma. Beberapa pemain utama mulai meningalkan kelab Rom berkenaan, tetapi Totti tetap kekal di Stadio Olimpico.

Kehadiran Luciano Spaletti sebagai pengurus baharu kelab, sekali lagi mengubah formasi utama pasukan kepada 4-2-3-1. Kali ini Totti diberikan peranan lebih offensif, bermain seperti seorang penyerang tunggal.

Sistem ini membuatkan Roma seperti bermain tanpa penyerang dalam formasi yang seperti 4-6-0

Posisi yang digelar false no.9 kerana Totti adalah seorang trequartista. Beliau bukan no.9 sejati.

Trequartista adalah merujuk kepada posisi di belakang penyerang ataupun di garisan 3/4 zon serangan terakhir di dalam padang.

Ia adalah baka pemain tengah serangan ataupun universalnya attacking midfielder. Namun kedudukan dan sifat trequartista lebih berada di garisan atas serta lebih lincah.

Dari itulah kosa kata false no.9 ataupun 9 jadian serta Trequartista menjadi bualan di seluruh dunia kerana kemampuan pemain ini bermain sebagai penjaring gol dalam sistem serangan yang terapung (floating).

Perlawanan terakhir

Perlawanan terakhir Totti ialah ketika Roma merekodkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Genoa, tiga tahun yang lalu.

Pemain penyerang itu diberikan lilitan kapten pasukan oleh Daniele de Rossi selepas dimasukkan pada babak kedua perlawanan.

Rakan sepasukan Juan Jesus baru-baru ini tampil dengan pendedahan. Menurut Jesus, Totti mahi menamatkan perlawanan itu dengan sengaja melakukan sepakan penalti yang tidak menepati sasaran.

“Sebelum perlawanan, Totti memaklumkan kepada kami dia akan sengaja tidak akan menjaringkan gol dari sepakan penalti, dan akan menyepak bola ke arah tifosi (penyokong),” kata Jesus dalam satu temubual radio di Brazil.

Idea terebut sebenarnya untuk menghantar bola kepada penyokong sebagai penghargaan atas sokongan selama bertahun lamanya, walaupun penyokong pastinya lebih menghargai dan meraikan sekiranya penalti yang diambil itu diterjemah kepada gol oleh Totti.

Namun demikian, rancangan Totti itu tidak pernah menjadi kenyataan kerana tiada penalti diberikan sepanjang perlawanan.

Perlawanan terakhir yang menandakan persaraan Totti berakhir dengan penuh emosi.

Kongsi artikel ini