Dari Atalanta Ke Manchester : Kenali Amad Diallo Bintang Masa Depan Setan Merah

Pemain remaja berusia 18 tahun Amad Diallo Traore secara rasminya telah menjadi pemain baru bagi pasukan gergasi Manchester United pada 08 Januari 2020 semalam.

Prospek terbaru yang dicanangkan sebagai permata baru untuk skuad Ole Gunnar Solksjaer telah pun menyelesaikan beberapa urusan yang tertangguh termasuklah mendapatkan permit kerja UK telah pun berada di bandar Manchester beberapa hari yang lalu.

Amad Diallo yang berasal dari Ivory Coast telah menandatangani kontrak selama lima tahun sehingga 2025 sebenarnya telah pun diumumkan sebagai sebahagian daripada skuad Red Devils pada 05 Okotber yang lalu tetapi terpaksa menunggu Januari ini untuk menyelesaikan urusan seperti visa , terma perjanjian peribadi dan pemeriksaan perubatan pemain tersebut.

Pengurus Ole telah melihat potensi pemain sayap yang dibeli dari kelab Atalanta Liga Serie A itu dengan tanda harga 37 juta euro yang dipantau olehnya sejak dua tahun yang lalu.

Statistik Amad Diallo Traore

Pemain remaja ini telah mengambil keputusan menggugurkan nama Traore dan akan menggunakan nama Amad Diallo sahaja selepas menyertai kem Manchester United.

Beliau pernah menggunakan nama Traore pada jersi bernombor 79 semasa di kelab lamanya dan pengurusan kelab baru telah memberikan nombor 19 dengan nama Amad yang dicetak pada jersinya.

Nombor 19 adalah nombor jersi yang pernah digunakan oleh Marcus Rashford dan lagenda Manchester United class of 1992 , Paul Scholes.

ย 

Amad hanya mempunyai sekitar 48 minit masa permainan dalam perlawanan semasa menyertai kesebelasan utama Atalanta tahun 2019 dan 2020.

Debut pertamanya dalam skuad senior ialah pada Oktober 2019 apabila beliau menjadi pemain gantian telah menjaringkan gol ketika Atalanta menang besar 7-1 ke atas kelab Udinese danย  menjadi pemain pertama yang dilahirkan pada tahun 2002 yang menjaringkan gol di Serie A.

Hampir setahun selepas itu , Amad beraksi selama 13 minit semasa menentang Hellas Verona juga sebagai pemain gantian pada 28 November lalu sebelum membuat penampilan pertamanya di UEFA Champion League menentang FC Midtjylland selama 22 minit daripada bangku simpanan pada 1 Disember yang lalu dan Atalanta telah memenangi perlawanan itu 4-0.

Bagaimanapun , pemain sayap kanan itu telah pun menunjukkan kematangan permainannya daripada segi kemahiran gelecek , kelajuan serta hantaran tepat kepada rakan pasukannya itu.

Bos United Ole Gunnar Solskjaer berkata, pemain remaja itu telah berada dalam radar kelab selama beberapa tahun.

โ€œManchester United mempunyai sejarah yang membanggakan dalam mengembangkan bakat pemain muda dan semuanya ada di sini bagi membolehkan pemain seperti Amad mencapai potensinya di sini,โ€ katanya.

โ€œIa akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri tetapi kelajuan , kematangan dan kemampuan menggelecek bola yang telah ada pada dirinya akan membuatkan Amad lebih cepat untuk menyerlah. Dia akan menjadi pemain penting bagi Manchester United untuk tahun-tahun yang akan datang.โ€

โ€œBagaimanapun dia belum menjalani latihan bersama skuad senior. Apa yang penting kami memberikan beliau sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Old Trafford.โ€

โ€œMungkin dia akan bermain untuk skuad bawah 23 tahun dahulu atau terus membuat penampilan pertama dalam skuad senior , saya tidak tahu lagi.โ€ ujar pengendali berusia 48 tahun itu yang yakin akan pembelian Amad Diallo satu pelaburan jangka panjang yang bagus.

Dalam satu ciapan Amad Diallo di platform Twitternya , impian bermain untuk sebuah kelab seperti Manchester United telah tercapai setelah hasil usahanya yang keras untuk bermain dengan sebuah kelab gergasi EPL yang sangat menakjubkan.

ย 

ย 

ย 

Kongsi artikel ini