Daniel Levy: Bayar £200 Juta, MU Ambik Lah Harry Kane

Pengerusi Tottenham Daniel Levy akan membenarkan Harry Kane menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan rekod dunia £200 juta.

Jumlah tersebut dinilai berdadarkan kerisauan kewangan dan impak pemergian kapten England itu pada ketika krisis coronavirus sedang melanda.

Levy sudah menjelaskan kelab itu bersedia melepaskan Kane pada jendela perpindahan akan datang.

Tottenham kini sedang risau akan impak kewangan akibat penangguhan saingan dan kelab Premier League itu turut masih mempunyai komitmen kewangan bernilai £1billion ketika membina stadium baharu.

Spurs sudah pun meletakkan kakitangan bukan pemain ke dalam skim bayaran gaji menggunakan dana kerajaan – langkah yang turut mendapat kritikan ramai.

Begitu juga hutang untuk membina stadium bernilai £637 juta dan yuran perpindahan yang belum dijelaskan lebih £83 juta.

Levy juga dikatakan marah dengan komen Kane baru-baru ini selepas penyerang itu berpendapat musim ini sepatutnnya dibatalkan jika tidak dapat ditamatkan pada penghujung Jun.

Jika senario yang dikehendaki oleh Kane berlaku, beban kewangan akan bertambah selepas syarikat penyiar akan mahukan bayaran balik, walaupun Sky dikatakan tidak akan meminta wang pelaburan berjumlah £371 juta.

Kane tidak beraksi bersama Spurs sejak Januari lalu akibat kecederaan harmstring turut berkata ia mungkin masanya untuk meninggalkan Spurs untuk meraih trofi kejuaraan.

Bekas penyerang, Dimitar Berbatov yang meninggalkan Spurs untuk berhijrah ke Old Trafford pada 2008 berkata: “Saya melihat banyak persamaan pada situasi Kane sekarang dengan apa yang saya lalui sebelum ini.

Levy sebelum ini dikritik kerana tidak melabur di pasaran pemain, tetapi Spurs sebenarnya sudah berbelanja £100 juta sejak 12 bulan yang lalu.

Jumlah £200 juta yang dipinta Spurs juga akan mengatasi nilai rekod dunia £198 juta yang dibayar PSG kepada Barcelona untuk mendapatkan Neymar.

Tetapi adakah nilai £200 juta itu sesuai dengan suasana kewangan semasa terutama selepas krisis pandemik COVID-19? Adakah ini juga bermakna tempoh untuk Paul Pogba di United akan berakhir?

Nilai tersebut mungkin mahal. Namun United adalah satu-satunya kelab di dunia yang mampu berbelanja sebanyak itu pada hari ini.

Satu perkara yang pasti, prospek Harry Kane ke Manchester United adalah satu perkara yang terlalu baik untuk dilepaskan oleh United.

 

Kongsi artikel ini