Dana White Punyai Perancangan Teruskan UFC249: Tony Ferguson vs Khabib Nurmagomedov

Dana White menegaskan pertarungan membabitkan Khabib Nurmagomedov menentang Tony Ferguson pada 18 April tetap diteruskan walaupun diancam wabak coronavirus.

Presiden UFC itu memberi jaminan kepada peminat sukan MMA bahawa mereka tidak akan terlepas pertarungan merebut gelaran juara lightweight, walaupun kini White sedang sibuk mencari arena untuk pertarungan itu.

Suruhanjaya Atlet New York tidak memberi laluan kepada White mengadakan UFC 249 di Barclays Center seperti yang dirancan sejak awal.

Namun White yakin beliau mampu melaksanakan pelan alternatif hanya di dalam tempoh beberapa minggu.

“Dengar di sini. Jika anda seorang peminat, ahli media, atau siapa pun diri anda, beranikah anda bertaruh menentang saya”” tanya White kepada TSN.

“Ada ketikanya saya membayangkan anda perlu berhenti meragui saya, kita tunggu sahaja.”

White kini tetap bersungguh untuk memastikan pertarungan diantara Khabid dan Ferguson diteruskan selepas ianya dibatalkan sebanyak empat kali.

UFC turut mempertimbangkan untuk menyiarkan pertarungan tersebut dari Apex Facility di Las Vegas.

“Saya memiliki arena saya sendiri. Saya memiliki produksi saya sendiri. Saya miliki segalanya.

“Saya miliki segala perkara yang diperlukan untuk merealisasikan pertatungan ini.

“Mereka akan meneruskan pertarungan, tetapi bukan di New York,” kata White kepada The New York Post.

“Saya akan menentukan perkara itu. Saya sukakan bandaraya New York dan saya mahu kembali ke sini secepat mungkin, tetapi kehidupan harus kembali pulih kepada normal terlebih dahulu.”

Dalam satu laporan berasingan mengatakan pertarungan tersebut turut berkemungkinan akan diadakan di Dubai.

Pertarungan lain di UFC 249 turut akan menemukan Jessica Andrade VS Rose Namajunas, Islam Makhachev VS Alexander Hernandez dan Jeremy Stephens VS Calvin Kattar.

Kongsi artikel ini