Dana White Dedah Apa Yang Berlaku Sehingga Sebabkan McGregor Umum Persaraan

Presiden UFC Dana White mendedahkan Conor McGregor telah diberi peluang untuk bertarung di UFC 249, namun petarung itu telah menolak tawaran tersebut.

Petarung UFC dari Ireland, Conor McGregor sebelum ini telah mengumumkan persaraannya daripada dunia sukan tempur.

Tuduhan McGregor

Dan McGregor akhirnya membuka mulut tentang sebab dia bersara dari UFC. Bercakap kepada Ariel Helwani (ESPN), McGregor berkata:

Sukan ini membuatkan saya semakin hilang keseronokan dah.”

“Kamu menunggu, dan terus menunggu, namun tidak ada apa pun yang berlaku.”

“Sudah tidak ada apa yang menaikkan emosi saya, dan saya dah tak teruja dengannya.”

“Saya tak tahulah kalau beraksi tanpa crowd. Saya tak tahu apa tu. Saya dah tak seronok.”

McGregor kemudian mengkritik UFC yang gagal di dalam penjadualan mereka. Membuatkan petarung terpaksa menunggu lama untuk giliran mereka.

Seterusnya UFC juga tidak menyusun jadualnya dengan lebih bagus selepas mereka mengarahkan Justin Gaethje mengisi tempat Nurmagomedov.

“UFC haruslah bertindak lebih aktif. Namun mereka terlalu banyak membuang masa. Mereka cuma nak tunjuk kuasa.”

White dedah perkara sebenar

Menurut White, McGregor sudah pun diberi peluang untuk tampil sebagai pengganti Khabib Nurmagomedov untuk menentang Tony Ferguson.

Namun demikian, McGrehgor menolak idea tersebut, dam sebaliknya mahukan perlawanan menentang Justin Gaetjhe.

“Dia mahukan pertarungan menentang Gaetjhe. Gaetjhe pada ketika itu baru diberikan perlawanan menggantikan Khabib,” jelas White kepada ESPN.

“Dan kemudian Gaetjhe menewaskan Tony Ferguson. Sebelum itu Conor juga diberikan peluang untuk menggantikan tempat Khabib atau pun Tony.

“Tetapi dia berkata, ‘saya bukan calon pengganti, saya tidak akan lakukan.’ Dia mungkin berada di posisi itu pada hari ini jika bersetuju untuk bertarung.

“Namun dia enggan melakukannya, tetapi Gaethje melakukannya, dan Gaethje memperolehinya.”

McGregor adalah salah seorang nama besar dalam MMA dan kali terakhir bertarung pada Januari lalu apabila beliau dengan mudah menewaskan Donald Cerrone di UFC 246.

Walaupun merupakan salah satu daya penarik UFC, White enggan tunduk kepada permintaan petarung tersebut.

Bukan bosan, sebenarnya kecewa

Dan White berkata ia bukan masalah sukan ini tidak menarik atau membosankan. Tetapi sebenarnya kekecewaan adalah sebab utama McGregor memilih untuk bersara.

“Conor McGregor jelas sangat kecewa sekarang kerana…lihat sajalah apa yang telah terjadi,” tambah White.

“Lihat apa yang sedang kita usahakan. Kita sedang berusaha untuk menyiapkan Pulau Yas kerana pekara paling sukar pada hari ini ialah untuk mendapatkan ramai orang dari seluruh pelusuk dunia.

“Kita dalam bisnes global. Kami satu-satunya sukan yang bersiaran langsung pada ketika ini. Jika saya hanya melakukannya di Amerika Syarikat, maka saya hanya akan menghabiskan bakat dari negara ini sahaja.

“Kini kita dah ada Pulau Yas yang sedang disiapkan. Ia hanya kerana Conor sebenarnya kecewa kerana dia tidak mendapatkan apa yang dia mahu. Ianya mustahil.”

 

 

 

Kongsi artikel ini