Dali Omar dilahirkan pada 19 Mei 1946 di Kuala Krai, Kelantan. Bermain di posisi penyerang, debut pertama bersama pasukan Kelantan ialah pada tahun 1962 pada usia 16 tahun.
Dali Omar mungkin asing bagi peminat bola sepak generasi hari ini. Namun nama ini sangat gah suatu ketika dahulu.
Kelebihan beliau – kelincahan menggunakan kedua-dua belah kaki. Gerakan persis lagenda Argentina, Diego Maradona!
Skuad Kelantan 1970 @Stadium Sultan Mohammed ke IVcredit to Mohd Faruk Sukan RTM & special thanks to Hamzah Husein.
Posted by Mohd Azhari Arifin on Monday, 8 February 2010
Pada tahun 1963, Dali Omar dipilih untuk mewakili Malaysia dalam satu kejohanan peringkat remaja di Saigon, Vietnam.
Dali Omar menjadi penjaring terbanyak kejohanan tersebut sekaligus membawa Malaysia sebagai juara menewaskan 14 buah lagi pasukan Asia pada ketika itu.
Tiada rekod menunjukkan sebarang kejohanan peringkat Asia diadakan di Vietnam pada masa itu. Kejohanan tersebut kemungkinan besar adalah Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Asia pada tahun 1963.
ATM FA
Pada penghujung tahun 1963, beliau menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai “millitary police” (MP).
Kerana bakatnya di dalam bola sepak, kebanyakkan masa kerjayanya bersama ATM adalah di padang bola sepak.

Kredit: Faiz Mohd
Sepanjang karier beliau bersama ATM, Dali Omar pernah mengemudi jentera serangan ATM hingga ke perlawanan akhir Piala Malaysia 1966, namun tewas 0-1 kepada Selangor.
Kelantan FA
Beliau kembali menyertai Kelantan FA selepas itu dan menjaringkan sejumlah 21 gol daripada 28 penampilan sepanjang kempen Piala Malaysia.
Peminat dan penyokong pasukan Kelantan pasti tidak lupa 4 gol jaringan beliau ketika membelasah Singapura 8-0 di peringkat separuh akhir Piala Malaysia 1970.
Posted by Nor Azmi Mahmood on Wednesday, 12 June 2013
Harapan untuk membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia punah apabila gol jaringan Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat menjulang Perak selaku juara edisi pertama Piala Malaysia yang menggantikan saingan Piala H.M.S.
Bagaimanapun, Kelantan FA adalah pasukan dari pantai timur yang pertama muncul pada peringkat akhir dalam sejarah Piala H.M.S/ Piala Malaysia.
Hijrah ke Australia
Pada tahun 1972, Dali Omar mencipta sejarah dalam landskap bola sepak negara apabila menjadi pemain pertama berhijrah ke luar negara.
Dali Omar disunting oleh sebuah kelab profesional Liga Australia, Azzuri Australia (kini Perth Glory FC) sebagai pemain berstatus semi pro dengan pendapatan A$556 sebulan.
Posted by Kelantan FC – Pride and Soul on Thursday, 28 February 2019
Selain gaji, beliau juga diberikan kemudahan rumah, kenderaan dan elaun perlawanan.
Pada 1974 adalah era baru bagi Dali Omar. Beliau dilantik sebagai jurulatih Kelab Bola Sepak Olimpik Kingsway dengan gaji A$40,000, dibayar setiap 3 bulan.
Pendapatan beliau dianggap mewah pada zaman itu bagi seorang pemain bola sepak.
Kekesalan
Di dalam satu temu ramah bersama akhbar “The Star”, Dali Omar pernah menyatakan kekesalannya tidak beraksi untuk Skuad Olimpik 1972 di Munich, German.
Perjalanan karier bola sepak beliau juga pernah diwarnai kisah-kisah kontroversi yang wajar dijadikan pengajaran buat pemain-pemain bola sepak di Malaysia pada hari ini.
Bakat dan sikap profesional adalah rencah kejayaan yang sebenar!
Anak jati Kuala Krai yang hebat
Itulah kisah Dali Omar yang pernah mengharumkan nama negara dan menempa nama di luar negara.
Beliau pernah digelar Maradona Malaysia pada era kegemilangan beliau.
Kisah beliau wajar dijadikan inspirasi oleh pemain muda negara dan jurulatih tempatan untuk berani menyambar peluang yang datang dari luar.
Pengalaman beliau beraksi di luar negara menjadikan Dali Omar sebagai antara pemain terawal dari Malaysia yang beraksi di luar negara.