Cubaan Pemain Beregu Campuran Tukar Nama Untuk Ubah Nasib Tidak Berkesan

Percubaan pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon menukar nama cinanya pada 2020 tidak mendatangkan sebarang hasil.

Pemain veteran berusia 34 tahun itu baru-baru ini kemudiannya menukar nama tersebut kepada nama asalnya dengan harapan ia akan mendatangkan nasib dan kesihatan yang lebih baik selepas ini.

Menurut laporan The Star, Peng Soon mengubah nama cinanya selepas diahkan menghidap penyakit Bells Palsy.

Ia adalah penyakit yang melibatkan saraf di muka mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi. Akibatnya menyebabkan muka pesakit Bells Palsy menjadi senget.

Kerosakan saraf ini biasanya berlaku apabila saraf menjadi bengkak atau meradang kerana jangkitan dengan virus. Kebanyakan orang dengan penyakit menyerupai strok ini pulih sepenuhnya.

Peng Soon mengalami penyakit itu ketika menyertai Kejohanan Dunia yang berlangsung di Guangzhou, China pada 2019.

Untuk mengubah nasibnya terutama berkaitan kesihatan, Peng Soon mengubah bahagian hujung namanya Shun, tetapi dengan sebutan yang kekal sama.

Malangnya, kesihatan Peng Soon bertambah buruk dan tiada indikasi ua akan pulih walaupun perubahan nama telah dilakukan.

โ€œSaya telah mengubah nama sebelum ini, dan kini mengubahnya kembali kepada nama asal.

โ€œPada mulanya saya berbuat demikian kerana sering kali jatuh sakit. Saya berjumpa dengan sifu yang menasihatkan saya mengubah nama kerana ia dikatakan lebih baik untuk kesihatan,โ€ jelas Peng Soon.

โ€œSifu saya membantu mengubah nama cina saya secara sah, tetapi selepas itu saya mendapati ia tidak memberi sebarang impak terhadap kesihatan saya. Jadi saya mengubahnya kembali.โ€

Tidak seperti Goh V Sgem yang mengubah namanya pada 2012 untuk tujuan lebih berjaya di dalam karier, Peng Soon melakukannya untuk kekal sihat.

โ€œTujuan saya mengubah nama adalah kerana sebab kesihatan dan ia tiada kaitan dengan karier profesional.

โ€œSebahagian orang cina percaya perkara mistik sebegini, apabila anda mengubah nama, ia akan memberikan manfaat,โ€ tambah Peng Soon menjelaskan perkara tersebut.

Peng Soon dan gandinggannya Cheah Yee See akan bertanding di Terbuka Denmark dan akan menentang pasangan China, Feng Yanzhe-Huang Dongping pada 18 Oktober nanti.

Kongsi artikel ini