Cristiano Ronaldo Tidak Sertai Pra Musim Di Thailand Selesaikan Urusan Keluarga Dahulu

Cristiano Ronaldo tidak akan berada dalam skuad Manchester United yang akan terbang ke Thailand , Bangkok pada petang Jumaat ini dalam siri jelajah pramusim kelab itu kerana beliau dikatakan mahu menyelesaikan urusan keluarganya terlebih dahulu.

Pemain berusia 37 tahun itu telah diberikan cuti tambahan untuk menangani perkara itu , selepas beliau juga tidak turun ke padang latihan di bawah pengendalian pengurus Erik Ten Hag buat kali pertama sepanjang minggu atas sebab alasan yang sama.

Selama dua minggu skuad Red Devils berada menjalani latihan di luar negara dengan menentang Liverpool di Bangkok pada hari Selasa depan sebelum terbang ke Australia, di mana United akan bermain tiga perlawanan di Melbourne dan Perth.

Walaupun penyerang itu sebelum ini memaklumkan kepada kelab yang dia ingin pergi, pendirian United kekal bahawa Ronaldo mempunyai baki setahun dalam kontraknya dan bukan untuk dijual.

Cristiano Ronaldo telah memberitahu Manchester United dia ingin keluar daripada kelab kerana dia tidak percaya kelab itu boleh memenangi Liga Perdana musim depan sedangkan dia mahu bermain dalam Liga Juara-Juara.

Ronaldo berharap untuk melihat lebih banyak cita-cita daripada United pada permulaan Erik ten Hag sebagai pengurus tetapi kecewa kerana kelab itu masih belum membuat pembelian pemain baharu lagi.

Cristiano Ronaldo shows his frustration during Manchester United’s defeat at Brighton in May.

Bagaimanapun , pengurusan United masih berharap untuk meyakinkan pemain berusia 37 tahun itu untuk kekal, apatah lagi mereka sedang bekerja keras mereka dalam memuktamadkan urusan perpindahan terutamanya Frenkie de Jong pada minggu akan datang.

Ejennya, Jorge Mendes, telah meneroka pilihan yang ada seperti kelab Chelsea dan Bayern Munich dengan mengadakan perbincangan namun setakat ini tiada rundingan serius daripada dua kelab gergasi berkenaan.

Ronaldo yang menjaringkan 24 gol untuk United musim lalu selepas kembali ke Old Trafford dari Juventus, mempunyai kontrak hingga akhir musim depan termasuk pilihan tambahan satu tahun lagi.

United telah menandatangani bek kiri muda Belanda Tyrell Malacia yang secara rasmi pada hari Ahad lepas selepas membayar €15 juta (£12.9 juta) ditambah €2 juta sebagai tambahan dipersetujui dengan Feyenoord , dan sedang mengusahakan dua tawaran kepada pemain berkualiti tinggi yang mereka harap boleh menjadi cara untuk memujuk Ronaldo untuk kekal.

Mereka telah membida €41m ditambah €4m sebagai tambahan untuk bek tengah Lisandro Martínez – kurang daripada penilaian Ajax dan terus mengejar pemain tengah Barcelona, ​​Frenkie de Jong.

Terdapat perjanjian pada dasarnya dengan Barcelona untuk membayar jaminan €65 juta dan €20 juta sebagai tambahan tetapi struktur bayaran itu belum dimuktamadkan dan syarat peribadi perlu dipersetujui dengan pemain berusia 25 tahun itu.

Walaupun De Jong mahu kekal dan tidak berhasrat berpindah ke kelab lain unyuk bermain dalam Liga-Juara-juara namun syarat kelab supaya bersetuju untuk menerima potongan gaji membuatkan pemain tengah itu mungkin bergabung dengan Erik Ten Hag semula di Old Trafford.

Kongsi artikel ini