Cristiano Ronaldo Kembali ke Kelab Setan Merah : Ini Lima Faktor Kemungkinannya

Manchester United telah pun menghantar wakilnya menemui Jorge Mendes , ejen VVIP pemain-bintang untuk tawaran rasmi kepada bintang sensasi Juventus dan Portugal , Cristiano Ronaldo bagi membawa pulang kembali ke Old Trafford.

Juventus yang telah pun bersedia untuk menjual pemain yang menerima gaji paling tertinggi didalam liga Itali sedia mendengar beberapa tawaran daripada kelab-kelab yang mahukannya. Asalkan berbaloi dalam penawaran harga penjualan itu , Juventus benar-benar akan melepaskannya.

Sekiranya Manchester United serius mendapatkan Ronaldo , apakah pemain berusia 35 tahun mahu kembali ke kelab lamanya itu setelah 12 tahun berhijrah ke kelab Sepanyol dan Itali kerana hubungan baik dengan Alex Ferguson yang menganggap sebagai bapa angkat dan mempunyai kenangan istimewa di kelab Setan Merah itu.

Berikut lima faktor kemungkinan Ronaldo kembali ke Manchester United.

  1. Ibarat Sireh Pulang ke Ganggang Kerana Manchester United Yang Menyempurnakan Permainannya Dahulu.

Ronaldo dibawa masuk oleh Sir Alex Ferguson pada tahun 2003 ketika beliau berusia 18 tahun daripada kelab Sporting CP. Di bawah bimbingan dan latihan Alex Ferguson , pemain ini telah melipatgandakan usaha kerasnya untuk menjadi seorang pemain yang sempurna.

Dalam masa enam tahun pemain itu telah meraih memenangi empat trofi Premier League sebelum berpindah ke Real Madrid tahun 2009. Di kelab Real Madrid , CR7 telah menjadi permata yang menyinari kegemilangan dan kejayaan kelab Sepanyol itu.

  1. Hubungan Yang Sangat Akrab Dengan Sir Alex Ferguson.

Bapa kandung Ronaldo adalah seorang kaki botol dan meninggal dunia secara tragis akibat penyakit hati yang berpunca dari ketagihan alkohol ketika dia baru berusia 20 tahun. Setelah ayahnya pergi tidak kembali , Ronaldo memandang Ferguson sebagai seorang ayah bagi mengisi ruang kosong dalam hidupnya.

Alex bukan setakat melatih beliau dalam bola sepak , malah dia membantu dan menasihati Ronaldo mengatasi rintangan hidup  terutama hidup Ronaldo berubah menjadi seorang selebriti sukan bola sepak yang popular.

Hingga saat ini Ronaldo tidak pernah memandang rendah hubungannya dengan mantan mentornya , dengan mengatakan baru-baru ini dalam satu  temubual dalam portal berita “Alex Ferguson adalah ayah bagi saya.”

  1. Menjadi Contoh Yang Baik Kepada Pemain Muda.

Greenwood , Lindegard dan Anthony Martial antara pemain-pemain muda yang nakal dan terpengaruh dengan gaya kehidupan seorang selebriti sukan. Bakat dan potensi mereka luarbiasa tetapi disebabkan faktor disiplin menyebabkan prestasi pemain ini merundum.

Dengan pengaruh dan karisma luarbiasa , sebagai pemain yang bertaraf dunia CR7 boleh membimbing ke semua pemain muda Red Devils berlatih penuh kesungguhan dan sanggup berkorban demi menjadi pemain yang hebat dan boleh mengekalkan prestasi seperti dirinya.

  1. Pengurus bernama Ole Gunnar Solksjaer.

Pengurus semasa kelab ini pernah bermain bersama dengan Ronaldo di Old Trafford sebelum beliau meninggalkan kelab itu terlebih dahulu. Ini sudah tentu faktor yang boleh membuatkan Ronaldo selesa untuk kembali ke Manchester United.

Ole pula boleh menggunakan pengalaman Cristiano Ronaldo pada  formasi yang diterapkan dalam permainan Manchester United sekaligus boleh meningkatkan kekuatan pasukan ini untuk bersaing dengan kelab-kelab yang bagus terutama mencapai cita-cita menang Liga Premier musim 2020/21 ini.

  1. Destinasi Terakhir Sebelum Menggantungkan But.

Di usia 35 tahun , Ronaldo belum lagi memperlahankan tahap permainan bola sepaknya malahan dia terus menunjukkan prestasi yang sama hebat dengan pemain lain yang di bawah umurnya. Ronaldo dikatakan mampu bermain sehingga berusia 40 tahun berdasarkan kecergasan fizikalnya yang memang mantap dan padu.

Ronaldo boleh bersara di kelab prestij itu dan menjadi seorang lagenda yang terukir namanya di Old Trafford. Namun ia terserahlah kepada Cristiano Ronaldo sendiri bagi menentukan hala tujunya.

Kongsi artikel ini