Cristiano Ronaldo terpaksa menanti sehingga ke minit akhir perlawanan untuk menjaringkan gol untuk membantu Al Nassr mencatat keputusan seri 2-2 menentang Al Fateh di saingan Liga Arab Saudi.
Pemain berusia 37 tahun itu beraksi sebagai pemain kesebelasan utama buat kali ketiga pada malam tadi, dalam usaha untuk melupakan kekalahan dalam perlawanan sebelum ini.
Ronaldo sering menjadi tumpuan sejak tiba di Arab Saudi kerana reputasinya sebagai antara pemain terbaik dunia. Namun selepas gagal menghasilkan jaringan dalam perlawanan menentang Ettifaq dan Al-Ittihad, maka tekanan tambahan jelas kelihatan ketika perlawanan menentang Al Fateh.
Cristiano Ronaldo scores his first official Al-Nassr goal πΈπ¦ pic.twitter.com/LHjhOtFuTE
β GOAL (@goal) February 3, 2023
Dan tekanan tersebut jelas kelihatan pada Ronaldo yang menampilkan kekecewaan di dalam padang setelah melepaskan beberapa peluang keemasan.
Dalam perlawanan ini Al Nassr terlebih dahulu ketinggalan selepas Cristian Tello tidak mensia-siakan kesilapan penjaga gol Al Nassr untuk menyumbat gol pertama perlawanan.
Ronaldo menyangka dirinya sudah berjaya menyamakan kedudukan selepas itu, tetapi pembantu pengadil sudah pun mengangkat bendera kerana bintang Portugal itu sudah berada di dalam kedudukan offside.
Happy to have scored my first goal in the Saudi league and great effort by whole team to achieve an important draw in a very difficult match! πͺπΌ
ππ pic.twitter.com/3Ll56WrkWnβ Cristiano Ronaldo (@Cristiano) February 3, 2023
Seminit kemudian, Ronaldo merembat liar tatkala pintu gol sudah terbuka luas selepas percubaan Anderson Talisca mengenai tiang gol sebelum melantun tepat ke arahnya.
Pada ketika itu Ronaldo sudah jelas seperti hilang arah dan mulai menunjukkan rasa tidak puas hati apabila berulang kali mengangkat kedua-dua belah tangannya untuk mempersoalkan keadaan.
Cristiano Ronaldo's first league goal for Al-Nassr πpic.twitter.com/TTFU6Dhhvv
β GOAL South Africa (@GOALcomSA) February 3, 2023
Talisca berjaya meyamakan kedudukan buat Al Nassr selepas itu dengan penyudah klinikal untuk kedudukan selepas tamat separuh masa perlawanan berakhir dengan 1-1.
Al Fateh bagaimanapun sekali lagi berada di hadapan dengan jaringan jarak jauh. Tetapi ia bagaikan sudah ditakdirkan Al Nassr memperolehi sepakan penalti pada minit pertama masa kecederaan
Ronaldo akhirnya berjaya menjaringkan gol pertamanya di dalam perlawanan kompetitif di Arab Saudi apabila merembat masuk dengan tenang untuk menyelamatkan Al Nassr.