Saingan Serie A pada musim ini boleh berakhir seawal hari ini berikutan penularan wabak coronavirus yang terus memberi masalah kepada seluruh Itali.
Pengerusi Persatuan Pemain Bola Sepak Itali, Damiano Tommasi berkata pembatalan terus saingan pada musim ini boleh berlaku selepas panggilan video di kalangan pemegang taruh yang akan membincangkan baki perlawanan musim ini hari ini.
Sehingga kini Itali masih lagi berada di dalam keadaan lockdown dan tidak kurang 10,000 kematian telah direkodkan setakat ini akibat pandemik pembunuh itu.
Tommasi berkata terdapat kemungkinan antara yang akan dibincangkan pada hari ini adalah pembatalan saingan Serie A pada musim ini.
Juventus fans won't accept 2019-20 title if Serie A season isn't played out: https://t.co/btkLQxxRkl pic.twitter.com/blYOr26tJG
— AS English (@English_AS) March 29, 2020
“Terdapat elemen tambahan dalam perbincangan pada minggu ini berbanding sebelum ini selepas apa yang dipertkatakan oleh Menteri Spadafora dan wujudnya kebimbangan musim ini harus berakhir segera,” ujar beliau.
“Oleh kerana itu beberapa perkara berbangkit dari segi kesukanan dan perihal kontrak perlu ditangani, secara jangka masa pendek dan formal.”
Ketua kesatuan pemain itu turut memaklumkan kepada Corriere della Sera: “Kami [pemain] boleh sahaja memainkan peranan kami. Namun kita perlu faham dan mengetahui sama ada saingan akan diteruskan atau tidak.
“Keutamaan adalah kesihatan semua orang termasuklah pemain.
Lega Pro President Francesco Ghirelli says Serie A has until March 23 to present a proposal for how to end the season.
🗣 "Among the options are not assigning the Scudetto, assigning it using the current table or organising play-offs." pic.twitter.com/yFP5ZXS7yY
— B/R Football (@brfootball) March 10, 2020
“Saya mendengar perkhabaran ada pasukan mahu meneruskan latihan. Kita harus mengikuti protokol Jabatan Kesihatan. Ini adalah masa yang sukar dan kita perlu ada keutamaan.
“Bola sepak bukan lagi keutamaan sekarang. Kita harus faham betapa pentingnya untuk menukar tabiat. Isu untuk terus kekal berada di dalam sistem juga termasuk perkara yang harus dilihat, kerana kita mahu kedudukan ekonomi yang terbela.”
Tommasi turut menyentuh bagaimana Giotgio Chiellini meyakinkan pemain Juventus untuk menerima pemotongan gaji.
Pemotongan gaji pemain di Juventus membenarkan kelab Turin itu menjimatkan £80juta perbelanjaan kelab,
Today, four possible outcomes have been put forward which relate to Lazio's title ambitions – these will be debated on March 23.
(a) Serie A resumes (April 3) and ends by May 31.
(b) A play-off for the Scudetto.
(c) No champion declared.
(d) Juventus declared champions. pic.twitter.com/BMjSQj6ntQ
— LazioLand (@Lazio_Land) March 10, 2020
“Untuk pemotongan gaji, kita usahakan jika boleh, secara persetujuan bersama. Juve berjaya melangkah ke hadapan dan perkara itu tidak mengejutkan,” tambah Tommasi.
“Kami mengetahui perkara itu dan tidak rasa ia perkara yang memerlukan kebenara, Chiellini juga adalah penasihat kami,
“Jika ada perbezaan pendapat antara pemain dan kelab, maka kami tidak akan campur tangan. Jika mereka berjaya menemui titik persetujuan, maka itu lebih baik.”