Datuk Bandar Bergamo Giogio Gori mendakwa perlawanan Champions League membabitkan Atalanta menentang Valencia di Itali telah menyebabkan jangkitan COVID-19 terhadap 40,000 penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
Atalanta menjadi tuan rumah kepada Valencia di stadium milik Inter Milan, San Siro pada hujung bulan lalu kerana stadium asal di Bergamo terlalu kecil untuk perlawanan berskala begitu.
Wabak coronavirus telah menjangkiti lebih 400,000 penduduk dunia dan menyebabkan lebih dari 19,000 kematian.
Itali menjadi negara yang paling terkesan oleh wabak tersebut dengan 6,820 kematian setakat ini dan Bergamo adalah bandar yang paling teruk terjejas dengan 3,800 kes.
All 40,000 fans who attended #UCL encounter between Atalanta and Valencia last month was infected by coronavirus, the mayor of Bergamo has suggested: "It was a biological bomb." https://t.co/gUBLoCPNUv pic.twitter.com/1i54efXhAS
— footballespana (@footballespana_) March 25, 2020
Gori percaya kemenangan 4-1 Atalanta ke atas Valencia di Milan yang dihadiri tidak kurang 44,000 penyokong adalah punca utama penyebaran virus tersebut ke seluruh eropah pada hari ini.
“Perlawanan tersebut ibarat bom biologi,” ujar Gori ketika bercakap kepada Marca.
“Jika virus tersebut sudah mulai tersebar, maka 40,000 penyokong yang ke San Siro pada malam tersebut akan dijangkiti.
“Tidak ada sesiapa sedar virus tersebut sudah tersebar di kalangan kita.
“Ramai menyaksikan perlawanan tersebut secara berkumpulan dan terdapat banyak sentihan di kalangan penyokong pada malam itu.
“Virus dengan mudahnya dipindahkan dari seorang kepada yang lain.:
Bergamo mayor Giorgi Gori: "All 40,000 fans at the Valencia v Atalanta match were probably infected." pic.twitter.com/SncoU3tVsU
— total Barça (@totalBarca) March 25, 2020
Seorang pakar Immunologist, Prof Francesco Le Foche pula berpendapat ianya tidak masuk akal untuk perlawanan tersebut diteruskan pada ketika itu.
“Kemungkinan ada banyak faktor yang mencetuskan atau menjadi pemangkin kepada penyebaran virus ini di Itali.
“Perlawanan Atalanta vs Valencia berkemungkinan adalah salah satu daripadanya.
“Perlawanan itu ibarat kemuncak keghairahan kepada musim hebat kelab bola sepak ini.
“Sebulan telah berlalu, maka jalur masanya amat tepat.
A "biological bomb": Experts are pointing to the 19 Feb Champions League match between Atalanta and Valencia as the reason Italian city Bergamo has become one of the epicentres of the coronavirus pandemic.https://t.co/3nVXALRV6z
— The Quint (@TheQuint) March 26, 2020
“Kehadiran puluhan ribu orang yang berjarak hanya beberapa sentimeter diantara satu sama lain, di dalam atmosfera seperti pesta berpelukan, menjerit kegembiraan, dan semua itu memudahkan penyebaran virus.
“Saya terbayangkan ramai enggan terlepas perlawana tersebut jika mereka mempunyai tiket, walaupun pada ketika sudah ada selsema ringan.
“Dengan keadaan pada ketika itu, ia tidak masuk akal membenarkan perhimpunan beramai-ramai. Cuma pada ketika itu perkara sebegini munkin kurang jelas. Sekarang ia membuatkan kita berfikir.”