Pemain Borussia Monchengladbach menawarkan sebahagian daripada pendapat mereka sebagai pemain setelah Liga Bola Sepak Jerman (DFL) memberikan amaran wabak coronavirus akan memberi kesan kepada ribuan pekerjaan dalam industri itu.
Dua divisyen teratas di Jerman kini ditangguhkan sehingga 2 April.
“Pemain tahu apa yang sedang berlaku,” kata Pengarah Urusan kelab, Stephan Schippers kepada BBC.
“Ia adalah tugas mereka. Mereka maklum mengenai perkara itu sesama mereka dan telah memikirkannya [langkah yang diperlukan].”
Pada Rabu Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) berkata pasukan kebangsaan akan menderma £2.3 juta sebagai bantuan berhadapan krisis coronavirus di negara itu.
Menurut akhbar Bild, Borussia menjadi kelab bola sepak profesional di Jerman di mana pemain secara sukarela menawarkan gaji selama sebulan.
Borussia Mönchengladbach's players, coaching staff and executives have agreed to give up parts of their salaries so that the club will be able to pay its other employees as a result of the #coronavirus outbreak.#StayAtHome pic.twitter.com/qaVr4ibGg9
— DW Sports (@dw_sports) March 19, 2020
Langkah itu turut diikuti oleh jurulatih, Marco Reus dan pengarah-pengarah lain di dalam kelab.
“Skuad ini menawarkan gaji mereka jika ia boleh membantu kelab dan pekerja lain,” tambah Schippers.
“Matlamatnya ialah supaya Borussia Monchendladbach mampu terus berhadapan dengan impak dan kesan wabak ini. Tujuannya ialah supaya tiada keperluan di dalam bola sepak sehingga perlu memberikan surat notis atau letak jawatan.
“Untuk berbuat demikian, kita harus bekerja keras bersama dan tidak boleh menolak kemungkinan ia tidak akan menjejaskan syarikat-syarikat lain di seluruh Jerman.”
Industri bola sepak di Jerman pada ketika ini mempunyai 56,000 pekerja termasuk pemain, jurulatih sehingga kepada pekerja sambilan di stadium dan kelab.
Borussia Monchengladbach players have given up part of their salaries to help pay the club's other employees during the coronavirus outbreak pic.twitter.com/ltpoQ1sPkY
— B/R Football (@brfootball) March 19, 2020
Isnin lalu, Ketua DFL, Christian Seifert berkata wabak coronavirus hampir pasti akan memberikan impak kepada bahagian penyiaran, tajaan dan hasil kutipan tiket.
Semua itu adalah sumber pendapatan utama kepada industri.
Walaupun sekiranya perlawanan diteruskan di dalam stadium tertutup akan memberikan kerugian kepada kelab, Schippers berkata ia adalah langkah yang lebih baik berbanding membatalkannya.
“Untuk beberapa minggu akan datang kita akan sedar hanya dengan menyambung semula saingan Bundesliga – tanpa penyokong – akan membantu kelab-kelab terus kekal dari segi ekonomi.”