Antonio Conte dan Diego Costa pernah bekerja bersama di Liga Perdana Inggeris ketika bersama Chelsea, sebelum hubungan kedua-duanya menjadi keruh.
Kedua-dua pemain dan pengurus itu kemudiannya turut membawa haluan masing-masing. Costa memberontak untuk memaksa perpindahan ke Atletico Madrid.
Ia kemudian diikuti oleh Conte yang dipecat dari kedudukannya di Stamford Bridge selang 12 bulan selepas itu, hanya untuk Conte menyertai Inter Milan pada permulaan musim 2019/20 selepas setahun tanpa kelab.
Diego Costa says Conte isn't a "top top manager" & that he "wouldnt last a season at a team like Real Madrid" đź‘€ pic.twitter.com/VLzolvrEBi
— Italian Football TV (@IFTVofficial) April 26, 2020
Ditanya mengenai Conte, Costa berkata kepada ESPN Brasil: “Kami [Conte dan saya] mempunyai masalah di padang, tetapi saya berpendapat beliau sebenarnya adalah pengurus yang bagus.
“Saya sudah tidak menyimpan perasaan tidak senang terhadap Conte. Tetapi untuk menjadi seorang pengurus yang berjaya, Conte harus mengubah sikap kemanusiaannya di dalam pengurus.
“Beliau sentiasa ada rasa syak wasangka. Di Real Madrid, cara itu tidak akan membuatkan beliau bertahan selama semusim pun.”
Costa dilahirkan di Brazil dan pernah membuat dua penampilan bersama Selecao sebelum mulai mewakili Sepanyol pada 2013.
Penyerang berusia 31 tahun itu kemudiannya memperolehi 24 caps bersama Sepanyol dan beraksi bersama La Roja di Piala Dunia 2018 di Rusia.
“Selepas perlawanan persahabatan menentang Rusia, beliau [bekas jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari] berkata akan menghubungi saya kembali kerana saya tidak mempunyai minit perlawanan yang mencukupi,” ujar Costa mengenang kembali sebab beliau berpindah pasukan kebangsaan.
Diego Costa dropped his take on his former coach Antonio Conte đź‘€ pic.twitter.com/acNuWmd5k0
— B/R Football (@brfootball) April 25, 2020
“Saya rasa ia sekadar untuk menenangkan saya. Saya masih ingat ramai penyerang cedera tetapi Scolari masih tidak memilih saya. Saya berdiam diri, dan tidak dipilih untuk Piala Konfederasi.
“Kemudian peluang menyertai Sepanyol muncul, dan saya terus terima sahaja.
“Bagaimana untuk menolak? Dan kemudian tiba-tiba mereka berkata Scolari mahukan saya. Sebenarnya beliau tidak pernah menghubungi saya. Bagaimana beliau mahukan saya?
“Kemudian saya terbaca saya telah merosakkan impuan berjuta rakyat Brazil.
“Kenapa tidak tulis mengapa beliau tidak mencari saya? Ia lebih mudah.”
Â