Conor McGregor Lupakan Perseteruan, Doakan Ayah Khabib Nurmagomedov Yang Sedang Tenat

Ayah Khabib Nurmagomedov, Abdulmanap Nurmagomedov kini berada dalam keadaan koma. Conor McGregor dikenali sebagai seteru terbesar kepada Khabib.

Tetapi ia tidak menghalang sifat kemanusiaan dari Conor yang memberikan sokongan dan dukungan doa untuk Abdulmanap yang dilaporkan tenat.

Abdulmanap sebelum ini menjalani rawatan di Dagestan, dipercayai disebabkan pnemumonia.

Ayah, juga jurulatih kepada Khabib itu kemudiannya dibawa ke Moscow untuk menjalani rawatan intensif.

Menurut laporan Sport-Express, keadaan kesihatan Abdulmanap pada ketika ini semakin menurun.

“Abdulmanap dalam keadaan yang sangat tidak baik dan beliau berada di dalam keadaan koma di Moscow,” kata sebuah sumber dari Dagestan.

Abdulmanap memainkan peranan cukuo besar dalam membangunkan karier Khabib Nurmagomedov sehingga menjadi sehebat pada hari ini.

Abdulmanap melatih Khabib dengan teknik gusti sejak kecil lagi.

Kemahiran bergusti adalah salah satu sebab bagaiana Khabib boleh tampil dominan di dalam perlawanan mixed martial art.

Sepanjang kariernya setakat ini, Khabib belum lagi tewas selepas menharungi 28 perlawanan – termasuk 12 pertarungan di UFC.

Selepas mendapat perkhabaran mengenai ayah Khabib, McGregor segera melakukan ciapan di Twitter memberikan sokongan dan doa.

“Berdoa untuk pemulihan Abdulmanap Nurmagomedov. Seorang lelaki yang bertanggungjawab menghasilkan lebih banyak juara Dunia, di pelbagai disiplin seni mempertahankan diri, lebih daripada yang kita tahu.

“Beliau adalah seorang genius sebi mempertahankan diri! Sangat sedih mendengar berita ini malam ini. Doakan keluarga Nurmagomedov pada masa ini,” ujar Conor McGregor.

Selain Khabib, Abdulmanap pernah melahirkan ramai atlet-atlet hebat di Rusia, dan 18 daripadanya pernah mengecapi kejuaraan dunia, terutama dalam bidang gusti.

Kerana itulah Abdulmanap dianggap sebagai jurulatih gusti paling hebat pernah dilahirkan oleh Rusia.

 

Kongsi artikel ini