Conor McGregor Beralih Kepada Bola Sepak Selepas Bersara Daripada UFC

Conor McGregor nampaknya mahu beralih kepada bola sepak selepas mengumumkan persaraan daripada UFC baru-baru ini.

Menurut laporan media antarabangsa, McGregor akan membentuk sebuah kelab bola sepak amatur di Dublin bersama seorang rakan kongsi di Dublin.

Rakan kongsi McGregor dikenali sebagai Liam Flynn, seorang pemilik kelab malam, dan kedua-duanya akan bekerjasama membentuk sebuah pasukan amatur yang akan dinamakan Black Forge.

Kelab tersebut kemudiannya akan dimasukkan ke pertandingan Sunday League di Ireland. Perlawanan hanya akan diadakan pada hujung minggu dan merupakan pertandingan amatur.

The blackforge is happy to announce that we are starting up a football team in the near future .Starting off with two…

Posted by Black forge FC on Tuesday, 9 June 2020

“Black Forge dengan senang hati mengumumkan akan memulakan sebagai sebuah pasukan bola sepak pada masa terdekat. Ia akan dimulakan dengan penubuhan dua pasukan, junior dan senior,” tulis Black Forge.

“Tarikh latihan akan diumumkan kemudian setelah jumlah pemain terisi,” tambah Black Forge lagi di Facebook.

Kelab itu kini mengalu-alukan mana-mana pemain amatur yang berminat untuk menyertai mereka.

McGregor sebenar bukan watak yang asing dengan bola sepak. Sebelum menjadi bintang MMA dan UFC, McGregor dikatakan pernah beraksi sebagai pemain amatur bersama Slieveamon United dan Yellowstone Celtic yang tampil di United Churches League serta Leinster Football League.

Sebelum ini beliau secata terbuka pernah mengakui dirinya adalah peminat Manchester United.

Hujung minggu lalu McGregor mengejutkan ramai apabila mengumumkan persaraan. Namun ini bukan kali pertama beliau berbuat demikian.

McGregor turut pernah mengumumkan persaraan sebanyak dua kali sebelum ini, iaitu pada 2016 dan 2019.

Beliau sebelum ini berkata sudah bosan dan hilang kerseronokkan di UFC – menjadi punca persaraan.

Namun Presiden UFC Dana White mendedahkan McGregor bertindak sedemikian kerana kecewa tidak ditunaikan permintaan bertarung menentang Justin Gaethje.

 

Kongsi artikel ini