Antara perkara terutama yang perlu diputuskan oleh Kim Pan-gon ialah siapakah pemain yang wajar diberikan tugasan memakai lilitan kapten pasukan negara.
Berikut adalah antara ciri-ciri yang diperlukan dan calon yang difikirkan layak untuk memakai lilitan kapten pasukan negara di bawah kendalian jurulatih dari Korea Selatan itu.
Fator pengalaman
Jika calon berpengalaman yang dicari maka Aidil Zafuan dan Farizal Marlias adalah calon paling mudah untuk diberikan peranan tersebut.
Kedua-duanya telah memainkan peranan tersebut secara bersilih ganti ketika era Tan Cheng Hoe, dan amat mengenali barisan pemain sedia ada.
Aidil dan Farizal turut dianggap watak yang mempunyai pengaruh besar di dalam bilik persalinan.
Mentaliti luar biasa
Ketika membimbing Hong Kong, Kim Pan-gon berjaya membina sebuah pasukan yang memiliki mentaliti luar biasa yang sanggup berkorban apa sahaja untuk pasukan negara.
Jika itu ciri-ciri yang dicari, maka Safiq Rahim dianggap sebagai calon paling sesuai untuk peranan tersebut.
Safiq bukan watak asing dengan lilitan kapten pasukan negara sebelum ini, dan pernah memakai lilitan tersebut pada era Datuk K. Rajagopal dan Nelo Vingada.
Perwatakan no nonsense pemain itu di tengah padang mungkin akan menjadi faktor Pan-gon bergantung harap kepada Safiq untuk memimpin barisan pemain pada hari ini.
Untuk masa depan
Namun sekiranya Pan-gon mahukan seorang calon yang boleh menggalas tanggungjawab untuk tahun-tahun mendatang, maka calon yang lebih muda harus mulai diberikan peluang daripada sekarang.
Di kalangan 25 pemain yang dibawa ke Singapura, Nor Azam Azih dan Shahrul Saad dilihat sebagai pemain senior yang masih boleh memainkan peranan untuk tempoh yang lama bersama pasukan.
No doubt during the last round of international fixtures he showed his value to the national squad as a tenaciously technical live wire. Driving forward causing the opponents problems.
To quote, Firdaus Abdillah Hamzah,
“Azam Azih > Fabregas” – December 17, 2015. pic.twitter.com/6bLFjq3d2G
— Padang Bola Sepak 🇲🇾 (@padangbolasepak) August 27, 2019
Selain kedua-duanya, Safawi Rasid dianggap sebagai calon yang sesuai berdasarkan faktor umur pemain itu.
Aidil, Farizal dan Safiq sudah dianggap sebagai pemain senior dan veteran di dalam pasukan. Sekiranya Pan-gon tidak memikirkan calon lain untuk masa depan, maka bila lagi?
Mahukan pembaharuan
Sekiranya Pan-gon mahukan sesuatu yang baru dan kelainan, Dion Cools pula dilihat sebagai calon yang sesuai dan mampu memainkan peranan tersebut.
Reputasi beliau bermain di eropah dan bersaing di dalam saingan peringkat tertinggi seperti UEFA Champions League dan Europa League tidak harus dipandang sipi.
Dion Cools? Hadir. 🙋🏻♂️ ✅#AFFSuzukiCup2020 #BersamaHarimauMalaya #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/SFkNU2cKdj
— Team Malaysia (@TeamMsia) December 17, 2021
Hakikatnya agak sukar untuk melihat Cools memakai lilitan kapten secara tetap buat masa ini kerana beliau berpengkalan di luar negara dan berkemungkinan akan terlepas beberapa aksi dan panggilan antaranangsa – bergantung kepada jenis perlawanan.
Melantik Cools sebagai pembantu kapten mungkin langkah yang lebih sesuai.
.