Chiangmai United Beri Sarawut Nafas Baharu Selepas Masalah Dengan Lintah Darat

Bekas pemain skuad kebangsaan Thailand, Sarawut Masuk telah menyertai Chiangmai United.

Perkara itu diumumkan oleh kelab Liga 2 Thai melalui satu kenyataan semalam.

“Saya bertekad menjadi ‘pemain baharu’. Saya akan memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan ini dinaikkan ke Liga 1 Thai pada musim hadapan,” ujar Sarawut.

Pengerusi Chiangmai United, Chucai Lertpongadisorn berkata beliau dan pasukannya mahukan Sarawut kerana yakin akan kebolehan dan penglaman yang dimiliki pemain itu.

Sarawut sebelum ini menarik perhatian media selepas hilang selama sebulan selepas berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk masalah kewangan.

Malah terdapat laporan mengatakan pemain itu diburu oleh lintah darat. Sarawut sebelum ini mengaku beliau mempunyai masalah kewangan akibat daripada tabiat berjudi.

Kehilangan Sarawut sebelum ini memaksa kelab terdahulu, Nongbua Pitchaya untuk menamatkan kontrak beliau.

Beliau akhirnya keluar dari persembunyian pada minggu lalu untuk mendapatkan bantuan daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Teruk juga sampai jadi begini.

Posted by Grandstand KITA on Thursday, April 16, 2020

Sarawut pernah dianggap sebagai pemain muda berbakat di Thailand satu ketika dahulu.

Selepas menyerlah di kejohanan tersebut, Sarawut kemudiannya menyertai Muang Thong United dan juga Bangkok Glass.

Beliau gagal menyerlah di Bangkok Glass ( kini dikenali sebagai BG Pathum), dan kemudiannya dipinjamkan ke Nathon Ratchasima dan PTT Rayong.

Sarawut kemudiannya menyertai Nongbua Pitchaya pada awal tahun ini sebelum liga ditangguhkan.

Beliau kini berpeluang membuktikan dirinya selepas FAT mengesahkan saingan akan bermula kembali pada September.

Selepas empat perlawanan yang dilalui, Nongbua Pitchaya, Chiangmai United dan Navy berkongsi kedudukan sebagai pendahulu dengan  10 mata.

Kongsi artikel ini