Laporan dari Daily Mail pada hari ini berkata Chelsea menjadikan penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer sebagai sasaran utama untuk dibawa masuk ke Stamford Bridge pada jendela perpindahan panas akan datang, selepas hilang sabar dengan Kepa Arrizabalaga.
Arrizabalaga adalah penjaga gol termahal dunia selepas menyertai Chelsea dengan nilai £72 juta dari Atletico Bilbao pada musim panas 2016.
Sering kali melakukan kesilapan menyebakan penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu digugurkan oleh Frank Lampard ke bangku simpanan, untuk memberi laluan kepada Willy Caballero.
Manuel Neuer becomes Chelsea transfer target with Kepa Arrizabalaga on the way outhttps://t.co/lkEynyPt71 pic.twitter.com/v8PF2dVM3j
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) March 26, 2020
Menurut Bild, walaupun Neuer kini semakin berusia, penjaga gol Jerman itu dilihat sebagai pemain paling sesuai sebagai penjaga gawang oleh Lampard.
Neuer kini berada pada musim terakhir kontraknya bersama Bayern Munich, dan sehingga kini masih belum mencapai kata sepakat untuk kontrak baharu untuk terus kekal di Bundesliga.
Penjaga gol berusia 34 tahun itu dilaporkan mahu tempoh kontrak yang lebih panjang untuk kekal di Allianz Arena.
Hakikat Bayern sudah membawa masuk Alexander Nubel dari Schalke juga tidak memungkinkan Bayern untuk berunding.
Penjaga gol berusia 23 tahun itu disifatkan sebagai antara bakat muda penjaga gol terbaik di Jerman, dan dahagakan untuk peluang beraksi.
Chelsea are interested in signing Manuel Neuer from Bayern Munich in the summer if the club are able to sell Kepa Arrizabalaga.
(Source: BILD) pic.twitter.com/j3NmsCsYMN
— Will Marshall (@WillMarshallCFC) March 27, 2020
Selain Neuer, Chelsea turut bersedia membelanjakan £80 juta untuk seteru beliau di skuad kebangsaan Jerman, Marc-Andre ter Stegen dari Barcelona.
Neuer adalah pemain utama Bayern pada musim ini, namun seperti sukar menampilkan prestasi konsisten yang beliay pernah hasilkan sebelum ini selepas kecederaan pada musim 2017/18.
Sejak bersama kelab Bavaria itu, Neuer telah memenangi UEFA Champions League pada 2013, dan tujuh kejuaraan Bundesliga.
Neuer juga adalah penjaga gol Jerman ketika muncul juara Piala Dunia pada 2014.
Cabaran terbesar buat Chelsea sekarang ialah untuk mencari kelab yang mahukan Kepa Arrizibalaga tanpa kerugian yang besar.