Jadon Sancho untuk Chelsea? Ia mungkin akan berlaku. Goal melaporkan Chelsea sanggup memecahkan rekod pembelian kelab tersebut dengan membawa masuk pemain Borussia Dortmund itu pada Januari ini.
Malah The Blues dikatakan yakin mampu menewaskan pesaing kelab EPL lain seperti Manchester United dan Liverpool untuk tandatangan penyerang sayap menyerang tersebut.
Jadon Sancho’s Borussia Dortmund career by numbers so far:
• 72 games
• 54 starts
• 28 assists
• 20 goalsSan-senational. pic.twitter.com/8LPaWqsLfF
— Squawka Football (@Squawka) November 27, 2019
Chelsea tidak dibenarkan membawa masuk pemain pada jendela perpindahan lalu, namun ia tidak menghalang kelab London itu untuk membayar lebih daripada £72 juta untuk pemain itu.
Big news, Chelsea fans 🔵
Frank Lampard’s side are confident of beating Manchester United to the signing of Jadon Sancho 💰
Full story from @NizaarKinsella 👇
— Goal News (@GoalNews) December 4, 2019
Sancho juga dikatakan mempunyai hubungan baik dengan pemain-pemain Chelsea, termasuk Tammy Abraham dan Callum Hudson-Odoi untuk mempengaruhi pemain tersebut ke Stamford Bridge.
Pemain produk akademi Manchester City itu dikatakan bersedia meninggalkan Borussia Dortmund selepas dikenakan tindakan disiplin oleh kelab Bundesliga itu.
Dalam perlawanan menentang Bayern Munich sebelum ini, pemain berusia 19 tahun tersebut hanya beraksi 36 minit selepas dikeluarkan oleh pengendali pasukan Lucien Favre.
Sancho’s situation at Dortmund reaches crisis point. More discipline incoming… but his camp may get wish of January movehttps://t.co/gfLe8SBPrR
— Miguel Delaney (@MiguelDelaney) November 28, 2019
Favre mendakwa pemain tersebut tidak cukup bagus, dan Sancho terus tidak berada di dalam kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Barcelona di pertandingan Champions League.
Hubungan yang retak diantara Sancho dengan Dortmund juga mungkin mendorong kelab tersebut melepaskan pemain itu dengan segera.
Dortmund menjual Ousmane Dembele kepada Barcelona dengan nilai €105 juta kerana isu yang sama pada 2017,
Liverpool juga turut mengikuti rapat perkembangan pemain kebangsaan England ini. Namun Jurgen Klopp mengakui harga pemain tersebut terlampau mahal untuk kelab Merseyside tersebut.
Manchester United pula dikatakan sanggup melabur sehingga €140 juta untuk memastikan Sancho ke Old Trafford. Namun realiti pasukan itu yang kini menduduki tangga ke-10 liga, dan tidak beraksi di Champions League akan menggugat kemungkinan tersebut.