Chelsea sudi mendengar tawaran untuk penjaga gol Kepa Arrizabalaga tatkala Frank Lampard bersedia mencadangkan pengganti untuk penjaga gol dari Sepanyol itu di Stamford Bridge untuk saingan pada musim hadapan.
Namun demikian The Blues dilaporkan hanya sudi mendengar tawaran tidak kurang £50 juta untuk melepaskan penjaga gol itu pada jendela perpindahan seterusnya.
Chelsea bagaimanapun sudi mendengar tawaran untuk pinjaman secara jangka masa panjang untuk penjaga gol tersebut dengan syarat pihak yang berminat bersetuju untuk membayar majoriti gaji dan pendapatan penjaga gol tersebut.
Every shot on target against Chelsea and Kepa Arrizabalaga in the last six Premier League games:
❌ Goal
❌ Goal
❌ Goal
❌ Goal
❌ Goal
🧤 Save
🧤 Save
❌ Goal
❌ Goal
❌ Goal
🧤 Save
❌ Goal
❌ Goal
❌ Goal#CFC pic.twitter.com/d4pDc3uDgI— bet365 (@bet365) July 22, 2020
Lampard tidak pernah yakin akan kebolehan Kepa sejak pengurus itu mengambil alih tampuk pengurusan di Stamford Bridge.
Beberapa siri kesilapan oleh penjaga gol itu turut tidak membantu. Lampard kerap kali menolak Kepa ke bangku pemain simpanan.
Terbaru ialah pada perlawanan terakhir ketika menentang Wolves pada Ahad lalu, sekaligus menjelaskan tahap kepercayaan Lampard terhadap Kepa.
What is your honest opinion of Kepa Arrizabalaga? pic.twitter.com/tasfuArZMk
— Goal (@goal) July 26, 2020
Malah Lampard lebih mempercayai penjaga gol veteran berusia 39 tahun, Willy Caballero, dan penjaga gol itu dijangka akan dikekalkan untuk perlawanan akhir Piala FA ketika berhadapan Arsenal pada Sabtu akan datang.
Sebagai pengganti kepada Kepa jika penjaga gol itu meninggalkan Stamford Bridge pada jendela perpindahan seterusnya, Lampard dilaporkan mahukan penjaga gol Burnley, Nick Pope dan Andre Onana dari Ajax.
Ketibaan kedua-dua pemain bergantung kepada sama ada pengurusan Chelsea berjaya melepaskan Kepa yang didatangkan dengan nilai rekod dunia £72 juta pada Ogos 2018.
Untuk pengganti Kepa, Pope dilihat telah melalui kempen yang berjaya pada musim ini.
Nick Pope (28) – Burnley
19/20 Stats37 Games Played
15 Clean Sheets
71% Save Percentage
2 Error Leading to Goal
37% Pass Completion Rate pic.twitter.com/CziFy3ReNy— Football Network (@FTBLNetwork) July 24, 2020
Penjaga gol tersebut beraksi dalam semua 29 perlawanan membabitkan Burnley pada musim ini dan dibolosi 40 gol. Beliau turut merekodkan 11 clean sheets pada musim ini – jumlah tertinggi dari kalangan penjaga gol di Premier League.
Secara keseluruhan, penjaga gol berusia 28 tahun itu turut menyelamatkan 89 percubaan pada musim ini – keenam tertinggi di EPL.
Sebagai perbandingan, Kepa hanya menyelamatkan 42 percubaan dan berada di luar 20 penjaga gol terbaik dari jumlah percubaan yang diselamatkan di dalam liga.
Onana pula mampu menawarkan aspek berbeza kepada saingan Chelsea seperti yang dibuktikan oleh penjaga gol itu di Erdivisie. Namun ia masih sukar membayangkan jika projek serupa boleh berjaya di Premier League.
André Onana: No goalkeeper has kept more clean sheets than @AndreyOnana (14) in the Eredivisie this season
For more player stats — https://t.co/vR1xOPtx9a pic.twitter.com/Nkaa74UQLt
— WhoScored.com (@WhoScored) March 29, 2019
Onana adalah baka penjaga gol berbeza berbanding Pope. Penjaga gol Ajax itu memiliki composure yang amat baik dan merupakan seorang ball playing-goalkeerper yang cemerlang untuk Ajax selama beberapa musim sebelum ini.
Penjaga gol berusia 24 tahun itu merekodkan tiga clean sheets, melakukan 23 aksi menyelamat dari enam perlawanan Champions League bersama Ajax pada musim ini
Penjaga gol dari Cameroon itu juga merekodkan statistik yang menarik selama empat musim bersama Ajax. Dari 178 penampilan keseluruhan, Onana dibolosi 158 gol – ratio kurang 1 gol dalam setiap 90 minit perlawanan.
Sepanjang tempoh itu Onana turut merekodkan 74 clean sheets, menjadikan ratio tanpa dibolosi pada purata 40%.
Frank Lampard is “fuming” at Kepa Arrizabalaga and wants him sold as soon as the Chelsea season finishes next month.
– Football Insider pic.twitter.com/M3NcYmAFGa
— Simon Phillips (@SiPhillipsSport) July 24, 2020
Disebabkan harga yang mahal, ada kemungkinan Kepa tidak akan meninggalkan Stamford Bridge pada musim hadapan dan ini sudah pasti bukan berita yang menggembirakan Lampard.
Sebagai alternatif, Chelsea dikatakan bersedia membawa masuk penjaga gol lain pada harga yang lebih rendah untuk bersaing dengan Kepa.
Bekas penjaga gol, Peter Cech yang merupakan Pengarah Teknikal Prestasi kelab akan memainkan peranan penting dalam memperkasakan posisi penjaga gol The Blues pada musim hadapan.